"Artikel
ini membongkar hubungan Malaysia-Israel sejak zaman Tunku Abdul Rahman,
antara Tunku dan Menteri Israel, Moshe Sharett sehinggalah ke komen
terbaru Anwar Ibrahim yang segera di tegur oleh kepimpinan PAS.
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah diziarahi oleh menteri hal ehwal Israel yang pertama bernama Moshee Sharett di Kuala Lumpur.
Presiden
UMNO, Tunku ketika itu mengatakan bahawa ‘kami berbangga sekiranya ada
hubungan diplomatic dengan Israel. "It will be considered an honor for
us to have a diplomatic representative from Israel."
Pada
26 Ogos 1957, Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion menghantar ucapan
tahniahnya kepada Tunku di atas kemerdekaan Malaysia dan mengatakan
bahawa Israel hendak meletakkan perwakilan Israel di Malaysia. Israel
juga mengundi untuk menerima Malaya di dalam PBB. Pada 23 Disember,
perwakilan Malaysia memberitahu delegasi Israel bahawa Malaysia
mengiktiraf Israel tetapi tidak bercadang hendak mengadakan hubungan
diplomasi dengan Israel.
Pada
tahun 1959, delegasi Israel ke Australia, Moshe Yuval melaporkan bahawa
dia telah berjumpa Tunku di Australia di mana Tunku memberitahunya
bahawa kepimpinan Malaysia (UMNO) mengenali Israel tetapi tidak dapat
membuat hubungan diplomasi dengan Israrel berikutan penentangan kuat
rakyat Malaysia.
Pada
tahun 1961, Tunku menziarahi London dan berjumpa perwakilan Israel
bernama Arthur Lurie. Perwakilan Isreal menzahirkan rasa hampa berikutan
ketiadaan hubungan diplomatik Malaysia-Isreal manakala Tunku menjawab
bahawa sahabat-sahabat dan kumpulan-kumpulan yang pro-Arab khususnya
Mesir menentang keras sebarang hubungan dengan Isreal.
Meskipun begitu,
Tunku mengalukan hubungan komersil Malaysia-Israel dan mencadangkan
penubuhan konsulat Isreal di Singapura. Syarikat Isrrael, Astraco
kemudiannya menubuhkan cawangan di Singapura dan pada tahun 1963,
Menteri Hal Ehwal Luar Malaya member lessen kepada Astraco untuk
menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur.
Apabila
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1963, Menteri Hal Ehwal Luar
Israel, Golda Meir menghantar telegram kepada Tunku mengucapkan tahniah
kepada Tunku.
Antara
tahun 1964 sehinggalah tahun 1966, Moshe Yegar, wakil dari Israel telah
berjumpa dengan Tunku, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan ramai lagi
dalam usaha mengeratkan hubungan Malaysia-Israel. Meskipun begitu, usaha
Israel gagal kerana Malaysia akhirnya mengambil pendekatan pro-Arab.
Tambahan lagi, ketika itu Malaysia berdepan dengan ancaman dari
Indonesia dan mengharapkan sokongan negara-negara Islam ketika itu.
Pada
tahun 1968, anak lelaki Tunku, seorang usahawan datang ke Israel
bersama usahawan Israel bernama Shaul Eisenberg. Ketika itu, perwakilan
Malaysia meminta Israel menyokong bidaan Malaysia untuk menjadi hos Asia
Games 1974. Tunku bersara sebagai PM pada tahun 1971.
Justeru, hubungan mesra Presiden UMNO yang pertama dengan Israel menafikan saranan bahawa kepimpinan UMNO sentiasa anti-Israel.
Seterusnya,
perlu diakui bahawa selama zaman kepimpinan Tun Mahathir, Malaysia
telah mengambil pendekatan anti-Israel yang kuat. Pada tahun 1969,
Malaysian menjadi negara Asian yang pertama yang menerima perwakilan
Fatah dan menjemput Fatah membuka pejabat di ibu negara Malaysia.
Tetapi, pada tahun 1982 di bawah Mahathir, pengiktirafan diplomatic
penuh (full diplomatic recognition) diberikan kepada Palestin. Pada
tahun 1986, Tun Mahathir sewaktu di Zimbabwe mengatakan bahawa
pembunuhan oleh Nazi gagal mengajar orang Yahudi apa-apa.
Sepanjang
pemerintahan Tun Mahathir, Tun Mahathir telah menzahirkan sikap
anti-Yahudi yang cukup kuat, berikutan penindasan orang Yahudi ke atas
orang Palestin.
Tun
Mahathir adalah seorang insan berani yang juga bermasalah. Beliau
dianggap sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai Bapa Pemodenan
Malaysia tetapi beliau juga dianggap sebagai Bapa Fitnah Malaysia di
mana budaya memfitnah mula disuburkan di zaman beliau.
Pada masa sama,
kecaman dan penindasan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan
beliau, termasuklah sekatan royalti minyak, sekatan promosi jawatan dan
sebagainya cukup subur. Pada masa yang sama, budaya rasuah dan kronisme
cukup subur di zaman beliau di mana Malaysia merosot dari ranking rasuah
pada No.23 sehinggalah ke No.60 pada masa ini. Sebagai perbandingan,
Singapura berada di ranking no.3. Memalukan.
Meskipun begitu, ketegasan Tun Mahathir dalam isu Yahudi dihormati.
Berbeza
dengan Tun Mahathir, tokoh seperti Anwar Ibrahim cuba mengambil
pendekatan diplomasi win-win situation ala-ala Rais Yatim (dalam isu
Batu Putih) dalam isu Israel. Anwar sentiasa cuba manzahirkan dirinya
sebagai seorang yang bertimbang rasa dan tidak berat sebelah dalam isu
Israrel. Ucapan Anwar bahawa Israel berhak mempertahankan dirinya
merupakan ucapan yang betul tetapi tidak bijak dan menjengkilkan.
Sepatutnya,
Anwar Ibrahim menunjukkan penentangan yang kuat ke atas kezaliman
Israel dan bukan cuba menjaga hati semua pihak. Penentangan ke atas
kezaliman Israel bukanlah kerana kita semua anti-Yahudi atau
anti-Sematik, tetapi kerana kita menentang kezaliman.
Nabi
Musa, Nabi Harun, Nabi Sulaiman dan Nabi-nabi lain pun berasal dari
kaum Yahudi dan kita menghormati mereka semua. Penentangan kita ke atas
Israel ialah berikutan kezaliman Israel ke atas umat Islam.
Meskipun
begitu, sebelum penyokong UMNO bersorak, ingatlah bahawa Presiden UMNO,
Najib sendiri yang begitu ghairah menyokong dan menjemput APCO, sebuah
syarikat Yahudi untuk terlibat dalam hal ehwal Malaysia terkini.
Kenyataan Anwar sedikit tidak bijak tetapi tindakan UMNO menjemput APCO
merupakan tindakan jahat yang menghampakan.
Seterusnya,
sejahat-jahat Yahudi, mereka tidak menindas kaum sendiri. Ini berbeza
dengan UMNO di mana Tok Guru, golongan Melayu PAS dan PKR, malah rakyat
Kelantan (yang majoritinya Melayu) menjadi golongan sasaran utama
kezaliman UMNO.
Wassalam.
Ps:
untuk rujukan lebih lanjut, maklumat boleh diperolehi dari
jurnal-jurnal antarabangsa termasuklah Jewish Political Studies Review.
Tranungkite Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.