Perang saudara dalam Umno mungkin melebihi perjuangan untuk M'sia, kata Malott diplomat US
Written by Wong Choon Mei , Malaysia Chronicle
Temuramah Bahagian ke-tiga: Perdana Menteri Najib Razak dan rakan
beliau mungkin mempertahankan status quo politik di negara tetapi
realitinya adalah sangat jelas walaupun untuk penganalisis politik
daripada negara lain.
Barisan Nasional, gabungan 14 parti yang memerintah sudah tidak
relevan lagi kepada rakyat Malaysia biasa yang melihat ia mentadbir
sebuah kerajaan yang tidak berkaliber, tidak layak dan tidak jujur. Bagi
memburukkan lagi keadaan, perang saudara telah meletus dalam UMNO-
parti nasionalis Melayu NAjib yang telah menerajui BN selama 54 tahun.
Jelas bahawa BN bukanlah lagi sebuah kuasa politik yang kuat. Ia kini
hanya tentang Umno. MCA dan MIC telah diketepikan dan telah hilang
kredibiliti di mata komuniti Cina dan India. Fokus sekarang hanya pada
Umno,” ujar bekas diplomat AS ke Malaysia John Malott kepada Malaysia
Chronicle.
Seperti Malott yang sekarang di Washington, penganalisis dan pemikir
lain juga melihat beakhirnya era “kerajaan tahu yang terbaik” di rantau
Asia Tenggara .
Kebencian terbuka
BN yang dulu pernah dianggap sangat kukuh sekarang sudah kian rapuh.
Pemimpin Umno tidak langsung berselindung menunjukkan kekecewaan mereka
terhadap rakan-rakan mereka dalam MCA, Gerakan dan MIC yang mereka
persalahkan apabila kehilangan 5 negeri daripada 13 kepada Pakatan
Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim pada pilihanraya 2008.
Tetapi ia mungkin juga disebabkan keangkuhan Umno sendiri yang menyebabkan kejatuhan BN.
Secara senyap, akan kongi dalam BN ini menyalahkan Umno kerana
berdegil dengan beranggapan bahawa mereka berkuasa dalam perikatan itu.
Selama berdekad Umno telah berkeras bahawa hanya orang melayu yang
berupa 50% daripada 28 juta populasi negara yang harus diberi keutamaan.
Pemimpin dari MCA, Gerakan dan MIC telah beberapa kali menyalahkan
Umno kerana bergantung kepada politik perkauman dan ini menjadi
penghalang kepada BN berpegang kepada kepelbagaian kaum. Minda tertutup
dan sikap melampau memperjuangkan hak Melayu kepada kumpulan minoriti
adalah antara penyebab orang bukan Melayu telah beralih sokongan kepada
pembangkang- meninggalkan MCA, Gerakan dan MIC dibenci oleh komuniti
mereka sendiri.
Kini giliran Melayu meninggalkan BN
Sekarang, pada pusingan terakhir sebelum PRU 13, yang mesti diadakan
sebelum April 2013, apa yang jelas adalah kehilangan sokongan Melayu
terhadap Umno. Ini digambarkan dengan jelas oleh momentum seleurh negara
dengan penubuhan ABU (Anything but Umno), sebuah gerakan yang diterajui
oleh aktivis hak asasi dan disasarkan kepada rakyat biasa.
Sememangnya berita buruk untuk Najib kerana beliau tidak lagi dapat
bergantung kepada undi Melayu. Ia juga menunjukkan bahawa strategi
beliau untuk mengekalkan Melayu kepada Umno melalui pelbagai cara sayap
kanan dan taktik menakut-nakutkan telah gagal.
Umno secara amnya menikmati 55% daripada sokongn Melayu dengan 45%
sokonga kepada PAS dan PKR. Tetapi Umno kini terjerat, Mereka sedar
keruncingan masalah ini bahawa sokongan Melayu terhadap mereka semakin
berkurang dan tiada langsung sokongan orang bukan Melayu.
Dalam kepanikan Umno untuk mengekalkan kuasa, pertelingkahan dalam
pula telah berlaku dan ini telah membuatkan ahlinya berhijrah kepada
pembangkang.Pengambil kesempatan yang melihat peluang mereka untuk
memecah monopoli orang lama dalam Umno juga sedang membida kuasa dan
mencabar status quo dalam parti itu.
Kumpulan utama sekarang adalah yang dipimpin oleh bekas Perdana
Menteri Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi. Yang menunggu giliran
adalah kumpulan yang lebih kecil seperti yang dipimpin TPM Muhyiddin
Yassin dan sepupu Najib, Hishamuddin Hussein.
Nampaknya perjuangan dalam Umno adalah lebih penting daripada
perjuangan menentang Pakatan Rakyat.
Sayap kanan Umno akan menjadi lebih
vokal dan anti- Najib, Mahathir, Muhyiddin, Hisham dan Ibrahim Ali akan
menyebabkan Najib menghadapi lebih banyak kepayahan,” ujar Malott lagi.
“Bergantung kepada ke arah mana tiupan angin politik, mereka yang
berpendirian sederhana dalam Umno mungkin akan melompat parti atau
memberikan sokongan suam-suam kuku kepada Umno dan sekadar melihat
keputusan pilihanraya.”
Pilihanraya yang dicemari adalah satu-satunya harapan BN
Sememangnya Umno sudah pasti tenggelam dan apa yang Pakatan harus
buat adalah fokus. PRU 13 adalah untuk kekalahan Pakatan dan sejumlah
kecil rakyat yang berpendapat Najib dan Umno terutamanya Mahathir
Mohamad akan melihat sahaja keputusan yan dibuat pengundi.
Kemungkinan besar Najib akan membenarkan Peguam Negara untuk merayu pembebasan Anwar terhadap tuduhan fitnah liwat.
Mahathir sudah memberi petunjuk bahawa beliau menyokong rayuan dan
perkara itu boleh merosakkan kredibiliti dan niat baik yang dilihat
rakyat terhadap negara dan pentadbiran Najib apabila Anwar didapati
tidak bersalah.
Malott menegaskan bahawa lebih daripada yang lain, rakyat harus
memastikan Bn menjalankan reformasi piliharayasebelum PRU 13 atau akan
berhadapan dengan keadaan paling buruk demokrasi.
Sekiranya kerajaan meneruskan rayuan terhadap kes Anwar, ia akan
mengukuhkan lagi pembangkang di mata rakyat. Ia akan membuang masa Anwar
kerana beliau tidak dapat menangani isu dalam parti dan kempen hanya
kerana harus berhadapan dengan isu perundangan dan duduk di mahkamah
sepanjang hari,” beritahu Malott.
Saya sudah kata bahawa saya tidak suka buat ramalan tetapi saya
percaya sekiranya reformasi pilihanraya ini dijalankan dan pilihanraya
menjadi adil, berkemungkinan pembangkang akan mendapat mandate rakyat.
Mereka hampir melakukannya pada 2008 dan dengan sebelah tangan terikat.
Saya menyuarakan ini bukan kerana perasaan saya tetapi adalah sebagai
penganalisis politik.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.