Kalau pada 2 bulan lepas, akhbar Western Australia mendedahkan “kegiatan berbelanja mewah”
seseorang yang dikenali dengan gelaran “wanita pertama” berbelanja
mewah barangan mutiara sehingga harganya mencecah RM487,687 manakala
seorang anak kepada Datuk Najib dikatakan juga telah berbelanja barangan mutiara sekitar AU$$60,000.
Itu laporan berita 2 bulan lepas. Terbaru, satu lagi akhbar utama diAustralia iaitu Sydney Morning Herald melalui komumnisnya yang bernama Adrew Horney mendedahkan cara berbelanja mewah Rosmah Mansor semasa beliau bercuti di sana 2 minggu lepas sehingga menarik perhatian mereka untuk mengulasnya. Antara butiran laporan berita akhbar Sydney Morning Herald dalam ruangan Private Sydney” mendedahkan yang mana :
Pemandangan dari dalam penthouse tersebut
- Kolumnis Andrew Horney telah menggelarkan Rosmah Mansor sebagai “first lady of Shopping“ menerusi laman twitter miliknya
- Rosmah Mansor telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney
- Rosmah Mansor merupakan “pelanggan terbesar” Carl Kapp setakat kerana sanggup berbelanja pada jumlah sebegitu besar untuk pakaian semata
- Semasa Datuk Seri Najib Razak & isterinya Rosmah Mansor bercuti di sana, mereka menginap di Penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam
- Rosmah Mansor dalam pada masa yang sama meminta ”parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan Carl Kapp diterbangkan ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang telah ditempah oleh Rosmah Mansor sendiri
Adakah Carl Kapp telah melakukan kesilapan besar mendedahkan hal ini melalui artikel di laman blognya bertajuk Carl Kapp’s Couture Capers?
Nampaknya ada kemungkinan Rosmah
Mansor akan menolak semula tempahan tersebut. Mungkin? Apabila membaca
semula kenyataan beliau, menunjukkan urusniaga melibatkan mereka berdua
belum lagi habis kerana beliau akan diterbangkan Kuala Lumpur untuk
ukuran dan fitting rekaan lain selepas ini.
~beritasemasa
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.