Followers

Monday, January 23, 2012

Gempar!! Menteri Nih Akui BN Bakal Lingkup PRU 13 - Posted by Addin

Menteri nih sangkal peluang BN 50-50.. tetapi kalau diikutkan statement menteri nih boleh kita andaikan yang mamat nih dalam ketakutan. Menteri nih  berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang jer. 
 
Itu statement yang menyedapkan hati pak-pak menteri jer.. Berapa kajian analisi dan kajian mengatakan PRU 13 adalah hidup dan mati BN.. Kenapa ler bagi statement yang berconer-coner.. straight to the point je ler. 
 
BN bakal kalah pada PRU 13 nanti.. pak menteri-menteri bersedialah untuk di adili oleh mahkamah rakyat. Pak-pak menteri nih bakal di londehkan sepertimana Shahrizat dilondehkan sekarang.. bersedia je ler....


Zahid Sangkal Peluang BN 50 - 50

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal analisis pengamat politik bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang. "Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang.


Bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Bagan Datoh hari ini.


Ahmad Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datoh berkata BN harus mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan rakyat tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.

Beliau berkata pemimpin BN perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.


Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang suka mengeksploitasikan isu kerana mereka mempunyai agenda politik tersembunyi. 
 
~bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.