Followers

Saturday, January 28, 2012

Bongkar: Video Seks Terbaru - Anwar Tidak Berada Di Bangkok Pada Tarikh Rakaman

 
Keadilan: Rakyat tidak akan percaya video fitnah terbaru

KUALA LUMPUR 27 Jan: KEADILAN menegaskan rakyat tetap tidak akan percaya terhadap video fitnah terbaru yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Beliau mengulas dakwaan salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim yang mendakwa terdapat satu lagi video yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Menurut Muhammad Nur, video fitnah tersebut tidak berkesan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar, malah terdapat kajian menunjukkan majoriti rakyat di negara ini tidak mempercayainya.

“Masyarakat tidak percaya dengan video ini. Janganlah buat kerja tidak berfaedah di sisi Islam. Islam mahukan umatnya mengamalkan kehidupan aman dan bukannya kerja jahat sebegini,” katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar ketiga individu berkenaan segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Saya nasihatkan Datuk T hentikanlah amalan keji. Mengaibkan orang lain adalah sesuatu perbuatan yang keji dan berdosa besar. Sepatutnya mereka insaf dan bertaubat,” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Shuib, yang juga bekas bendahari PERKASA, mendakwa video terbaru itu dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
 
Shuib turut mencabar Anwar membuktikan dakwaan mereka salah atau berdepan dengan pendedahan video berkenaan.

Pada 24 Jun lalu, Shuib dan dua lagi Trio Datuk T, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mereka didakwa selepas menayangkan sebuah video seks fitnah terhadap Anwar di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan pada Mac tahun yang sama.

Bagaimanapun Anwar dan pimpinan KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan sebagai satu lagi usaha untuk menjatuhkan dan mengaibkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada Oktober tahun lalu, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti responden tidak percaya dengan video seks yang dikaitkan dengan Anwar. -KD

Penipuan Dato T, Anwar Berada Di Indonesia Bukan Bangkok

PAGI tadi penulis menulis mengenai dakwaan terbaru oleh Dato T ini kononnya ada kewujudan video seks terbaru yang mengaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Baru sahaja sebentar tadi, penulis mendapat maklumat dari sumber yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T.

Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.


Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang dikatakam mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut?

Mungkinkah, trio Datuk T akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula?

Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini. Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa!!!

Nampaknya, cubaan kali kedua trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kesekian kalinya, tidak menjadi kenyataan waima sebelum video tersebut tersebar pun.

Tapi dalam masa yang sama, penulis harap Datuk Seri Anwar dapat meneruskan semula tindakan saman ke atas orang orang ini agar cubaan seumpamanya dapat dihapuskan terus dimasa hadapan.
-suarapakatanrakyat


Ulasan GB

Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:
Utusan & Berita Harian - tak serik-serik dimalukan. Kes saman di mahkamah menampakkan mereka sering tewas.

Blogger-blogger UMNO akan menerima balasan lebih dasyat sedasyat fitnah yang ditaburkan terutama apabila mengada-adakan hal yang tiada seperti video seks dan sebagainya.



أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?


 

1 comment:

  1. KANTOI !! Ha ha ha 3 orang Dajjal membuat FITNAH lagi....kepada penyokong2 UMNO...bertaubat lah ! Kalau kalian percaya dengan FITNAH 3 orang Dajjal ini...mereka dapat $$$$ jutaan...hangpa dapat DOSA, 80 kali sebatan kerana mempercayai berita yang dibawa oleh orang orang seperti ini.... yang dilarang orang Allah SWT.

    AL QURAN-SURAH AL-NUR AYAT 4

    "Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ."

    Renungkan lah! sebelum terlambat !!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.