KUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berharap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik
balik hasrat beliau untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau
penting buat PAS dan Pakatan
Rakyat," kata Anwar dalam sms beliau
kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden PAS itu kritikal buat pemuafakatan Pakatan Rakyat.
"Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi
memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat," tegas
Anwar.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan di muka depan dengan tajuk Ustaz Hadi sedia undur diri.
Berikut ialah transkrip temubual Sinar Harian bersama Tuan Guru Hadi
yang dipetik Harakahdaily daripada video yang dipaparkan di Facebook
Tuan Guru Presiden.
Wartawan: Jadi Datuk Seri akan tanding semulalah?
Abdul Hadi: Saya terpulang kepada parti samada atas mahupun bawah.
Memang saya terlalu lama jadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung kalau
Dun, sudah 30 tahun lebih. 30 tahun Dun, sejak 82. Parlimen sudah
belas-belas tahun. Sudah lama. Dan sebab itu, saya memberi tawaran –
yang pertama, sama ada saya tak bertanding semua, saya boleh bergerak ke
seluruh negara. Yang kedua, bertanding satu sahaja. Hah itu. Itu
harapan saya kepada tu lah…
Wartawan: Bertanding parlimen atau Dun?
Abdul Hadi: Itu terpulang kepada parti menilai.
Wartawan: Adakah harapan Datuk Seri itu untuk memberi laluan kepada pemuda atau anak?
Abdul Hadi: Anak saya biar dulu. Biar dia jadi petugas parti.
-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.