Followers

Tuesday, January 24, 2012

ALI RUSTAM TAKUT ISTIHAR HARTA ??


ALI RUSTAM TAKUT ISTIHAR HARTA

Ditanya kepada Tok Guru desakan AGENDA. Tanpa banyak soal dan dalih Nik Aziz berkata; “Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian,” “Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran,”. UMNO terdiam. 

Ditanya pula kepada KM Melaka, Ali Rustam. Maka akan banyak dalihnya. Ia kena bergantung kepada persetujuan semua pihak termasuk PM Najib, pulak!!! 

“Sesetengah wakil rakyat tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kerana ia akan diketahui umum sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan keluarga,” Pandai Ali Rustam buat lawak, mengancam keselamatan mereka dan keluarga. Nasib baik Ali tak berkata ia boleh mengancam keselamatan negara. 

Ditanya pula kepada Tun Mahathir. Tun dengan berani berkata [cuba suruh dia isytihar] menteri kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada SPRM. Jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat. 

Keberanian Tun kerana dia tidak perlu mengisytihar harta. Itu bezanya kesanggupan antara PAS dan UMNO tentang pengisytiharan harta kepada SPRM. Ada yang takut-takut gitu…takut-takut banyak yang haram dari yang halal. 

ITULAH MASA REMBAT DUIT KAU ORANG(AMNO) TAK INGAT PUN...DOSA PAHALA....... 

BILA NAK ISTIHAR HARATA SEMUANYA . DALAM KUBURQ NANTI BOLIH SUROK KE DARI ALLAH ?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.