Followers

Wednesday, November 23, 2011

BN bakal tewas di Pahang, Johor dan Melaka! - Dr Abu Hassan Hasbullah - WAN NORDIN WAN YAACOB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhnUmf1K8EHQJGetS4fbQZYXniZnJ_RrKjVTPYwuLffRNF5d2XZCiGRrG5KU4W_gXNp5S7tYVebvzLweu8prk5tWRIeMj8PlH_iw6vlXZqfrj62rRi3Z6_rsBjbrOnsPzbN9_RvlAXhS5N/s320/Copy+of+DSC_0097.JPG
KUALA LUMPUR: Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah  Hasbullah menjangkakan Umno- BN bakal hilang penguasaan di tiga negeri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Bercakap baru-baru ini, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah jatuhnya tiga kerajaan itu ke tangan pembangkang

Pertamanya, peralihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, katanya.

Sementara, kemasukan maklumat alternatif yang dimainkan oleh media baharu dan media alternatif seperti Harakah menyumbang kepada kesedaran golongan di bandar dan meresap ke kawasan berhampiran, katanya.

Beliau yakin dengan permasalahan besar yang dihadapi kerajaan hari ini, sementara tekanan ekonomi amat dirasai rakyat, tiga negeri BN ini bakal dikuasai pembangkang dengan peralihan undi seperti pada tahun 2008.

Ditanya mengenai sebarang kemungkinan negeri-negeri yang dikuasai Melayu seperti Kelantan dan Kedah akan berlaku perubahan, Dr Abu Hassan menyatakan PAS akan terus menerajui Kelantan kerana imej kepimpinan yang sangat memberi keselesaan kepada rakyat.

“Saya yakin, PAS akan terus berjaya mempertahankan Kelantan, jika mood yang ada hari ini kekal sehingga pilihan raya umum akan datang” katanya.
 
Kerengga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.