Followers

Monday, October 31, 2011

Umno-APCO Hilang Lagi Satu Talian Hayat

 

Kah kah kah...

Kah kah kah...


Rasanya bila Barisan Najis kuat, semua cabut lari takut kena duduk Kamunting kah kah kah...


Tapi sejak tsunami 2008 yang buat lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang buatkan Barisan Najis lembik macam taik kerbau, semua dok pakat ugut kah kah kah...


Mula-mula datang Perk@sa buat kacau serang orang bukan Melayu suruh jangan kacau raja-raja melayu kah kah kah...


Lepas tu pulak Najib Altantuya kena "paksa" gadai tanah KTMB yang nilai dia sampai SGD3.7 bilion (RM9.2 bilion) tu tak termasuk nilai tanah kalau dibangunkan kah kah kah...


Sebelum tu pun Pulau Batu Puteh tergadai dek Rais Yatim bijak sangat berfalsafah sampai tertinggal dokumen penting Almarhum Sultan Iskandar yang jelas cakap memang hak Johor kah kah kah...


Paling tak tahan bila semua pakat ugut Najib Altantuya turun cepat kalau tak Bik Mama yang kena pelangkung dengan kasut dia sendiri kah kah kah...


Itula malang nasib bila lembik macam Mat ZZZ pak mertua Khairy Jamaluddin kah kah kah...


"Dah kalah, kalah laaa..." kah kah kah...


Kah kah kah...


PPSMI: Hadapi risiko PRU jika terus nafi kami, PAGE beri Najib amaran

Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE hari ini.


PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.


“Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.


“Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.


Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib esok.


“Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan,” kata beliau dengan tegas.


Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.


Beliau juga mengkritik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.


Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.


Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.


“Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan Bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan Bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.


“Pada hari ini kita tahu sesetengah guru Bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap ... jadi kalau sesetengah sekolah nak Bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai,” katanya.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.


Sambil menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima, Noor Azimah berkata, guru-guru seharusnya boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris memandangkan dasar PPSMI sudah pun dilaksnaakan selama sembilan tahun.


“Jika bilangan jumlah yang memilih Bahasa Inggeris adalah kecil, maka mudah untuk menyediakan guru-guru. Alasan-alasan yang diberikan seharusnya diselesaikan, bukannya diletakkan di bawah permaidani selepas kerajaan telah membelanjakan RM3 bilion.

Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.