Followers

Thursday, October 20, 2011

DS Anwar Mahu Rayuan SEPINA Terhadap Najib & Rosmah Depercepatkan !!

ANWAR TAK MAHU KES BERPANJANGAN LAGI - ruang a bismillah

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rayuannya bagi menolak sepina yang membenarkan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengketepikan sepina yang meminta mereka hadir di Mahkamah Tinggi didengar terlebih dahulu sebelum hujahan akhir daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dilakukan.

"Kami telah membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Datuk Mohamad) Zabidin (Mohd Diah) untuk membatalkan sepina yang diberikan kepada Najib dan Rosmah.

"Saya juga tidak mahu kes ditangguhkan lagi... tetapi Mahkamah Rayuan perlu mendengar rayuan saya terlebih dahulu. Dalam kes-kes lain, rayuan diputuskan dengan cepat," kata Anwar.

Ketua pembangkang itu juga mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman dan mendakwa kelewatan dalam mendengar rayuan beliau hanya mencerminkan pendakwaan yang tidak adil terhadap dirinya

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/10/anwar-tak-mahu-kes-berpanjangan-lagi.html#ixzz1bKc237i5

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.