Orang ramai terkejut bila melihat kelibat Ketua Pembangkang selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada dalam program sambutan Rumah Terbuka Malaysia di Sekolah Menengah Guar Perahu dalam kawasannya semalam.
Pada awalnya, ramai yang mempersoalkan kenapa wajahnya tidak disiarkan oleh media arus perdana ketika memaparkan acara sambutan tersebut. Namun, selepas diamati betul-betul ternyata pemimpin terbabit memang tidak hadir ke majlis itu. Soalnya sekarang, apakah benar beliau tidak dijemput secara rasmi oleh pihak penganjur atau sememangnya dia diundang tetapi sengaja mencari jalan untuk tidak hadir?.
Difahamkan, Anwar telah bertolak ke Munich, Jerman beberapa hari sebelum program itu berlangsung. Persoalannya, kenapa harus pemimpin terbabit meninggalkan kawasan beliau ketika ribuan rakyat berpusu-pusu ke situ. Bukankah lebih baik beliau menghantar wakil untuk hadir atau ahli keluarganya sendiri seperti Wan Azizah, Nurul Izzah dan sebagainya.
Tindakan melarikan diri dari kawasan, menyebabkan rakyat tertanya-tanya sebenarnya. Atas apa jua alasan, Anwar sepatutnya berada di kawasan Parlimen Permatang Pauh dengan program lain jika pun beliau tidak mahu hadir ke majlis terbabit. Perbalahan politik tidak harus terbawa-bawa hingga ke majlis-majlis sebegini.
Anwar selaku Ketua Umum PKR, harus mencontohi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sanggup menghadirkan diri untuk meluangkan masa dalam mana-mana program rasmi yang diadakan di dalam negeri Kelantan dan sebagainya. Langkah ini wajar dicontohi oleh mana-mana pemimpin. Kita tidak boleh sentimen politik dalam majlis tertentu jika mahu dicontohi oleh rakyat.
Jikalau Anwar boleh minum teh bersama Najib di parlimen, kenapa beliau
tidak boleh meluangkan masa hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia
Bukti, cuba lihat Tok Guru Nik Aziz turut pakai lencana "1 Malaysia" dan
hadir ke majlis rasmi kerajaan pusat yang dihadiri oleh PM Najib Razak
Bukti jelas kehadiran Guang Eng turut mendapat sambutan hangat rakyat
Jikalau Anwar boleh minum teh bersama Najib di parlimen, kenapa beliau
tidak boleh meluangkan masa hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia
Bukti, cuba lihat Tok Guru Nik Aziz turut pakai lencana "1 Malaysia" dan
hadir ke majlis rasmi kerajaan pusat yang dihadiri oleh PM Najib Razak
[Apa yang lebih mengejutkan ialah sikap profesional Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama anggota exconya yang telah hadir berama-ramai ke program itu semalam. Malah, Lim juga telah duduk semeja dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu. Rakyat meihat semua ini, dan mereka boleh memahami setiap apa yang berlaku. Paling menarik, kehadiran Lim Guang Eng turut mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat. Biar pun media arus perdana cuba menyembunyikan fakta ini, namun ternyata pemimpin utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu tetap diterima biar pun sering dibuat provokasi oleh UMNO BN selama ini.
Kehadiran Lim amatlah menyeronokkan rakyat terutamanya mereka yang "atas pagar" dan penyokong BN sendiri. Justeru itulah, sepatutnya Anwar selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh membatalkan semua urusan lain dan hadir ke majlis itu semalam. Tindakan beliau melarikan diri dengan berbagai urusan amatlah dikesali dan tidak sepatutnya dilakukan jika dia seorang pemimpin yang benar profesional].
Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.