Followers

Wednesday, June 1, 2011

KENA FITNAH LAGI ?? - PKR jadi Alat Negara Asing pulakdah....

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dipercayai menjadi alat kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, Institut Antarabangsa Republikan (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bagi menyemai demokrasi ala 'Uncle Sam' di negara ini… menurut satu laporan dari Lidah Rasmi UMNO hari ini..

Jadi alat IRI pulakdah..



Antara peserta yang hadir


24 May 2011, aku adalah antara Ahli-Ahli PKR yang telah dihantar bagi menghadiri Seminar atau Training oleh International Republican Institute di Sunway Hotel, Seberang Jaya..


Seminar atau Training itu telah dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan yang Kedua (Bahasa Inggeris).. oleh dua orang penceramah, penceramah pertama ialah Mr. Carlos Espinosa (Country Director for Thailand, Malaysia, Asia Division) dari IRI dan untuk sessi yang keduanya pula ialah Mr. Ben Burger dari SRCP Media..




Mr. Carlos Espinosa International Republican Institute


Mr. Ben Burger SRCP Media


Kebanyakkan dari yang diajar memang telah dipraktikkan di Malaysia dan bagi aku ianya satu seminar yang menarik bagi menetapkan halatuju petugas-petugas parti dalam menjalankan kempen Pilihanraya secara lebih efektif biarpun ada juga module yang diajar tidak dapat dipraktikkan di Malaysia..

Bukan kerana ianya tidak sesuai dengan adat dan budaya kita tetapi ianya bakal memudaratkan UMNO/BN.. module tersebut ialah bagaimana untuk menyediakan satu klip video kempen yang berkesan untuk ditayang di TV..

Tak sesuai dan memudaratkan UMNO kerana Malaysia yang ditadbir oleh UMNO/BN tak mungkin akan membenarkan pihak Pakatan Rakyat menggunakan TV yang dikuasai oleh mereka untuk menyiarkan bahan kempen Pakatan Rakyat tu kerana mereka menyedari ianya bakal memudaratkan mereka…

Ianya adalah satu pembohongan jika dikatakan kebanyakan gerak kerja PKR dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam PRU nanti adalah hasil daripada modus operandi yang dirangka oleh badan tersebut kerana hakikatnya kebanyakkan dari gerak kerja PKR dalam PRU adalah hampir sama dengan UMNO.. (kata orang UMNO yang masuk PKR la..)

Lagipun kalau kita bezakan amalan demokrasi antara negara 'Uncle Sam' dengan Negara kita.. mereka jauh lebih demokratik..

Cuma aku punya kemusykilan ialah kenapa kita nak belajar dari pihak yang kalah? Kan Republican tu dah kalah kepada Demokrat di US tu...


PKR jadi alat negara asing?
KUALA LUMPUR 30 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dipercayai menjadi alat kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, Institut Antarabangsa Republikan (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bagi menyemai demokrasi ala 'Uncle Sam' di negara ini.

Badan tersebut yang didakwa menyalurkan dana tahunan jutaan ringgit kepada PKR bukan sahaja dipercayai bertanggungjawab memberi latihan terbaik kepada jentera parti mengenai apa itu 'demokrasi' tetapi turut berperanan dalam menentukan dasar yang perlu diperjuangkan.

Natijahnya, PKR menentang sebarang dasar afirmatif yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu golongan bumiputera dan pada masa yang sama, menjanjikan hak sama rata kepada kaum lain bagi memenangi hati serta perasaan pengundi bukan Melayu.

Sumber dalaman PKR memberitahu, IRI didakwa mula berjinak-jinak dengan PKR (dulu Parti Keadilan Nasional) sejak 1998 lagi tetapi penglibatan langsung 'wakil' AS itu hanya bermula selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 2004.

Katanya, segala aktiviti parti didakwa akan dipantau dan dimaklumkan terus kepada IRI cawangan Asia Tenggara yang terletak di Bangkok, Thailand, bagi memudahkan sebarang operasi diselaraskan secara terancang dan sulit.

"Kebiasaannya IRI menyalur bantuan kewangan dua kali setahun. Dana tersebut didakwa bagi melatih jentera parti terutamanya untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan dan salah satu cara, dengan menolak dasar afirmatif serta menjanjikan hak sama rata.

"Ini kerana IRI berpendapat, kebencian orang bukan Melayu adalah kerana dasar afirmatif dan jika isu ini dieksploitasi dengan berkesan, ia bakal mewujudkan suasana panas antara kaum, sekali gus memberi keuntungan politik kepada pembangkang," kata sumber itu di sini, hari ini.

Menurut sumber itu lagi, dalam pemukiman PKR di Port Dickson baru-baru ini juga, wakil daripada IRI didakwa hadir memberi ceramah mengenai bagaimana parti tersebut perlu bergerak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.

Malah beliau turut mengesahkan, kebanyakan gerak kerja PKR dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam PRU nanti adalah hasil daripada modus operandi yang dirangka oleh badan tersebut.

Sementara itu, tinjauan Utusan di laman web IRI mendapati NGO tersebut bergiat aktif hampir di seluruh dunia tetapi paling menarik ialah bagaimana bantuan turut diberi kepada pembangkang atau kumpulan pemisah di negara yang sedang atau pernah bergolak.

Antaranya, IRI bertanggungjawab secara langsung dalam 'demokrasi' di Sudan sehingga menyaksikan negara Afrika yang kaya dengan sumber petroleum itu berpecah dua selepas sengketa akibat perang saudara berpanjangan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.