Followers

Wednesday, June 29, 2011

Jika 67% Rakyat Tolak BERSIH, Mengapa Bersunguh-sunguh Halang BERSIH ?


Modal terbaru untuk mempengaruhi rakyat menolak BERSIH yang berlegar-legar di blog pro-UMCO memetik kajian yang dibuat MIDAS (bukan cerita Korea). Menurut kajian MIDAS atau Institut Keselamatan dan Pertahanan Malaysia kira-kira 67 peratus rakyat Malaysia yang menyertai kaji selidik itu menolak perhimpunan BERSIH yang dijadualkan diadakan di ibu negara pada 9 Julai depan. 
 

Kaji selidik yang tidak mendedahkan jumlah responden diadakan sepanjang dua minggu lalu turut mendedahkan bahawa12 peratus rakyat berpendirian berkecuali, manakala hanya 21 peratus sahaja bersetuju perhimpunan BERSIH itu diadakan.

Dalam respons terhadap kajian itu, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian MIDAS itu membuktikan bahawa majoriti rakyat negara ini menolak idea mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan BERSIH.

“Ertinya, majoriti senyap rakyat kita tidak bersetuju dengan perhimpunan haram ini. Kaji selidik ini dilakukan institusi yang boleh dipercayai. Ia dilakukan berdasarkan peratusan demografi walaupun responden diambil secara rambang.

 

“Maka, saya fikir perhimpunan ini adalah gimik politik semata-mata. Mereka hanya mahu mewujudkan momentum untuk mengumpulkan penyokong pembangkang atau pengundi atas pagar untuk menyokong pembangkang,” katanya Ahmad Zahid lagi pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Angkatan Tentera Berhad (Koperasi Tentera) di Kem Sungai Buloh.
 

Siapa yang buat gimik? Kajian ini atau BERSIH? Secara seriusnya, saya tidak mahu menulis panjang-panjang menjawab kaji selidik yang entah benar entah tidak ini. Jika betul majoriti rakyat menolak BERSIH, mengapa kerajaan "kuku besi" BN bersungguh-sungguh sehingga ke tahap keterlaluan dan melampau cuba menghalang perhimpunan BERSIH yang bakal diadakan secara aman pada 9 Julai nanti?

duniacacamarba

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.