Followers

Thursday, June 30, 2011

BERSIH: Tentukan laluan ke Istana, kita akan patuhi - Joseph Sipalan

 

 

Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

Menurut ketua BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar diadakan dalam suasana yang 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

NONE"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,” katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.


Ambiga, diiringi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah semasa pertemuan itu berkata Ismail membisu mengenai cadangan itu tetapi tetap optimistik.

Katanya, mereka juga meminta Ismail mempertimbangkan cadangan berkenaan dan meminta pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.

“Beliau tak kata tidak dan saya saya fikir saya agak kelapangan untuk membuat temu janji untuk berjumpa IGP minggu depan.

"Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.

“Kami minta mereka, polis... Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana. Awak pilih, kita akan patuhi.”
Jaminan BERSIH 2.0 aman

Ambiga, yang sebelum ini menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung BERSIH berkata ancaman itu tidak ditimbulkan pada pertemuan berkenaan, mahupun hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penganjur perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, mesyuarat mereka tertumpu pada perhimpunan berkenaan dan beliau berulang kali memberi jaminan akan memastikan ia diadakan secara aman. 

Penyokong BERSIH 2.0 dijadual berkumpul di pusat membeli belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.

azlan

Perarakan ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan negara dilakukan. Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA pula mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai bagi menolak perhimpunan yang menuntut supaya reform pilihan raya diadakan.

Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Selain itu, Pemuda Umno juga telah meluahkan hasrat mereka bagi berhimpun. Namun lokasi dan jalan bagi perarakan mereka belum diumumkan.

Malaysiakini



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.