Hakim Mohamad Zaibidin Diah mempunyai pilihan membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu jika menolak bukti-bukti itu yang membabitkan keterangan-keterangan saksi yang sering bercanggah khususnya yang diberikan oleh pengadu Saiful Bukhari Azlan.
Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.
Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.
Kedua, Anwar menjawab dari kandang dituduh. Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.
Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.
Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.
Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.- tvs
terbitan stones
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.