Followers

Sunday, May 15, 2011

Empat Aktivis Rakyat Di Tangkap Oleh Pihak Polis Ketika Himpunan Bantah Lynas Ha Berita Oleh Pahangdaily



KUANTAN, 15 Mei - Himpunan Bantah Lynas dihadapan Pusat Perkhidmatan DAP Jalan Beserah dekat sini kecoh apabila empat orang orang aktivis rakyat ditangkap polis. Mereka yang telah ditangkap ialah Setiausaha publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui (foto), dan Setiausaha penganjur Lee Chin Chen serta Khor Huey Ying dan Thing Siew Shuen, dari ibu pejabat DAP, telah ditahan Pihak polis berbagai unit dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan seramai lebih kurang 50 orang termasuk pegawai telah berada di lokasi terbabit sejak awal pagi lagi. 


Kelihatan beberapa orang anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota Cawangan Khas (SB) telah bersiap sedia untuk menggempur mereka yang berada di situ.

Peserta perhimpunan hari ini diketuai oleh Pengerusi DAP Negeri Pahang iaitu YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Cheong Siew Onn (ADUN Teras) dan pimpinan pusat DAP YB Anthony Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah) dan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang). Ucapan bantahan Lynas telah dimulakan oleh YB Leong Ngah Ngah selepas semua peserta mula berhimpun di kaki lima Pejabat DAP sekitar jam 11.15 pagi. Ucapan ringkas turu disampaikan oleh YB Anthony Loke, YB Azan Ismail dan beberapa yang lain. Sementara itu kawasan terbabit telah dikepong oleh anggota polis yang membuat benteng mengadap pejabat tersebut. Seolah-olah satu peperangan besar akan berlaku. Anggota trafik pula dilihat mengawal lalu lintas dan beberapa orang pegawai polis dilihat mundar mandir di kawasan terbabit, seolah-olah mendapat arahan pihak tertentu supaya melakukan provokasi.


Pimpinan DAP dan Pakatan Rakyat laungkan "Hidup Rakyat, Stop Lynas"

Orang ramai panik melihat polis lebih ramai dari peserta perhimpunan

OCPD Kuantan, Tuan Jasmani mengarahkan YB Azan hentikan demontasi

Setiausaha Publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui melaungkan Hidup Rakyat

YB Azan Ismail (kiri) sedang berbincang sesuatu dengan OCPD Kuantan

Salah seorang aktivis wanita antara empat peserta yang ditangkap oleh polis

Benteng, polis sanggup berjemur semata-mata mengikut arahan atasan
 
Laungan "Hidup Rakyat, Bantah Lynas" bergema dan ini menimbulkan sedikit ketengangan bila pihak polis mula mahu bertindak agreasif selepas ketibaan Ketua Polis Daerah Kuantan, OCPD Jasmani Yusoff. Beliau yang agak berlembut ketika himpunan 1,000 Ibu mengandung Bantah Rare Earth sempena hari ibu di Teluk Chempedak baru-baru ini tiba-tiba bersikap keras dengan mengarahkan ucapan dihentikan dan perhimpunan tersebut dibatalkan kerana tidak mempunyai permit. Kelihatan YB Azan berunding dan mohon kerjasama polis untuk memberi ruang mereka berhimpun secara aman kerana ia tidak perlu permit susulan diadakan di premis sendiri. Namun, OCPD bertegas mahu perhimpunan dihentikan atau polis bertindak terhadap mereka. Akhirnya himpunan dihentikan dan mereka memohon pihak polis untuk mengambil gambar di tempat letak kerata pejabat DAP. Kebenaran diberikan untuk seketika dan kemudia polis mengarahkan semua bersurai. OCPD sendiri gunakan pembesar suara mendesak orang ramai bersurai.

Di Tangkap Kerana Meniarap Atas Kain Rentang

Ketika gambar diambil, OCPD mengarahkan mereka bersurai dan ketika itulah empat orang aktivis itu terbabit ditahan. Mereka figertak untuk ditahan hanya kerana bergambar sambil meniarap di atas kain rentang berlogo "radioaktif". Keempat mereka telah dikejar oleh pihak polis sehingga terpaksa melarikan diri ke dalam pejabat DAP. Namun, mereka akhirnya ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan atas arahan OCPD Kuantan sendiri. Laungan "Hidup Rakyat, Stop Lynas" sekali lagi bergema ketika kenderaan yang membawa mereka beredar. Beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat termasuk YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang), YB Cheong Siew Onn (ADUN Teras) dan yang lainnya.


Gara-gara aksi inilah empat aktivis rakyat di tangkap oleh polis pagi tadi

Antara pemimpin kanan DAP yang hadir ke IPD Kuantan selepas kejadian
http://pahangdaily.blogspot.com/2011/05/isu-lynas-empat-aktivis-di-tangkap.html





 



 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.