Followers

Tuesday, May 17, 2011

Biar Pun Teruk 'Di Fitnah', Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang Pada 15 Mei Lalu Terus Mendapat Sokongan Padu Dari Kalangan Rakyat !

KUANTAN, 17 Mei - Biar pun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) kini semakin kontroversi dengan berbagai isu. 

Namun, kunjungan beliau ke Negeri Pahang baru-baru ini ternyata masih mendapat sambutan dari kalangan rakyat terutamanya penyokong pembangkang sendiri. Inilah yang menyebabkan Kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak bagaikan "cacing kepanasan" sekarang ini. 

Apa tidaknya, mereka menyangka isu liwat dan video seks yang dimainkan pasti akan membuatkan pengaruh Anwar meluntur dihati rakyat. Namun, jangkaan itu meleset sama sekali. Malah, kunjungan Anwar ke Pahang pada 15 Mei lalu nyata masih berbisa dan terus mendapat sokongan padu rakyat. 

Beliau yang hadir untuk menjayakan Seminar Maqasid Shari'ah dan Masyarakat Majmuk di Kuantan telah mendapat sambutan hangat daripada semua pihak. Malah, kehadiran Anwar dinantikan untuk rakyat mengetahui info terkini kemelut yang melanda dirinya. 

Paling menarik seminar yang sepatutnya khas untuk orang Islam itu telah disertai juga oleh rakan-rakan berbangsa Cina dan India. Ini sesuatu yang sungguh menakjubkan dan mengejutkan semua pihak sebenarnya. Malahan, program ceramah Anwar di Markas PAS Felda Purun, Bera di sebelah malamnya juga turut mendapat sambutan luar biasa. Malah, para peneroka Felda sudah berani untuk tampil memberi sokongan kepada parti pembangkang biar pun ada beberapa demontrasi anjuran Felda yang memprotes kehadiran mantan TPM itu ke kawasan terbabit dua hari sebelum program berkenaan. 

Semua itu tidak mematahkan langsung semangat rakyat untuk hadir mendengar penjelasan terus dari mulut beliau tentang segala isu dan kontroversi yang melanda.



Antara orang ramai yang hadir dalam ceramah Anwar dekat Felda Purun

Ceramah Anwar tetap dapat sambutan (Lagi info & foto klik PKR Pahang)

[Apapun, syabas buat rakyat Pahang yang kini semakin bersemangat untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Masanya sudah tiba untuk rakyat buat perubahan jika tidak mahu nasib mereka terus diperjudikan oleh kerajaan UMNO BN buat selamanya. Turut berceramah di Markas PAS Felda Purun malam itu ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang) dan Saudara Mazlan Aliman (Presiden ANAK & Bekas Calon Parlimen Bera PRU-12). 

Khabarnya semasa rombongan Anwar tiba dilokasi terbabit, terdapat sabotaj oleh beberapa orang pemuda upahan UMNO di situ. Mereka mengejek dan melontarkan objek ke arah kenderaan yang membawa Ketua Umum PKR itu. 

Apa yang jelas, ini membuktikan betapa takutnya puak-puak UMNO BN untuk berhadapan dengan kebangkitan suara rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-12 akan datang. Mereka sanggup lakukan apa saja demi kuasa. Rakyat hanya mahu diberikan maklumat satu hala dari media arus perdana. 

Sedangkan mana-mana pihak yang cuba menjawabnya menerusi pentas ceramah dan sebagainya, pasti akan dihalang mereka. Inilah dia amalan demokrasi malang ala Malaysia].

Pahang daily Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.