Menurut Zahrain, sehingga kini, rakyat masih belum nampak sebarang bukti hasil perjuangan DAP itu, selain hanya mewujudkan lebih banyak masalah akibat tindakan mereka terhadap golongan tertentu terutamanya peniaga Melayu.
Jelasnya, dasar pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu bukan sahaja telah menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin antara rakyat malahan menyebabkan pelaburan asing semakin berkurangan.
''Dua hari lagi genap tiga tahun dia (Guan Eng) memerintah, tetapi saya tidak nampak apa-apa. Yang saya nampak hanya penuh masalah. Masalah itu termasuklah tindakannya terhadap peniaga Melayu dan agama Islam yang menyebabkan keharmonian antara kaum di negeri ini semakin tergugat.
''Perkara ini tidak pernah terjadi dalam pemerintahan terdahulu kerana wujudnya budaya tolak ansur. Undang-undang boleh dipraktikkan tetapi biarlah berpatutan dan adil pada semua pihak, namun, yang terjadi sekarang adalah sebaliknya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan khemah, kerusi dan meja kepada perumahan Kuarters Polis Bayan Indah, Bayan Baru, di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin.
Beliau mengulas pencapaian pemerintahan DAP di negeri ini yang genap tiga tahun, Selasa depan sejak menerajui negeri itu pada pilihan raya umum 2008.
Zahrain berkata, tiada sebarang kemajuan, kesejahteraan kaum dan pembangunan dilihat sepanjang pemerintahan Guan Eng, justeru rakyat perlu membuat sesuatu untuk memakmurkan kembali negeri ini.
''Beliau (Guan Eng) sering mendakwa, beliau yang buat segalanya termasuk pelaburan dari luar negara dan peningkatan pembangunan ekonomi negeri ini.
''Sedangkan ia adalah hasil usaha kerajaan terdahulu termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)," katanya.
Namun, kata Zahrain, tindakan yang dilakukan Guan Eng itu telah disedari rakyat dan beliau yakin populariti Setiausaha Agung DAP itu semakin merosot berbanding semasa dia mula menerajui negeri ini.
''Guan Eng tidak sesuai menerajui kepimpinan negeri ini kerana beliau adalah orang Melaka malah, cara kepimpinannya langsung tidak ada sikap bertolak ansur.
''Saya yakin, pilihan raya umum akan datang akan mendedahkan segalanya dan berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri ini kerana popularitinya (Guan Eng) sudah tidak seperti dahulu lagi," katanya. - utusan meloya
Sharpshooter - Bab sikap Guan Eng tidak ada tolak ansur, sharpshooter setuju dengan zahrain sebab itu syarikat dua ringgit nak ambil tender 40 juta Guan Eng tolak sampai zahrain terlentang dan terlompat menjadi katak sumpahan...hahahaha...
Alahai Zahrain bacalah fakta jangan dok auta..P.Pinang adalah negeri yang paling banyak terima pelabur asing dan juga negeri pertama menerima pujian Transparency International kerana tidak ada rasuah serta negeri pertama tolak judi sukan. Guan Eng naikkan elaun guru Kafa bukan elaun wakil rakyat parlimen.
Zahrain sekarang bolehlah bagi khemah, kerusi dan sebagainya kepada polis, kepada malaun, kepada penyamun kerana sudah dapat peruntukan dari 1 malaysia 1 israel sebagai wakil rakyat parlimen bebas.
Beranikah Zahrain bertanding semula di Parlimen Bayan Baru? Kalau anak jantan, bertandinglah di Bayan Baru pada PRU 13.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Hang ingat tu, dia buka mulut je duit masyuukkkkkk, betui atau salah depa bukan kira janji RM..RM..RM
ReplyDeleteTak mengapa, hari ini mereka ketawa besar, satu ketika nanti...insyallah - giliran kita pulak ketawa besar. Tapi...saya nak ingatkan YB DS Anwar dan YB Azmin Ali..JANGAN BIARKAN UMMI HAFILDA terus memfitnah mereka berdua.. Anwar dan Azmin harus mengambil TINDAKAN seberapa segera untuk MENYAMAN Ummi Hafilda, kalau tidak...jangan mimpi Pakatan Rakyat akan dapat melangkah masuk ke Putrajaya pada PRU 13. Ceramah Ummi Hafilda..sedikit sebanyak dapat MEMPENGARUHI pengundi yang DIATAS PAGAR !! Itu yang kita khuatirkan..MEMANG SEGALA2 NYA DENGAN KEIDZINAN ALLAH SWT...tapi kita kena USAHA untuk MENCEGAHNYA.
ReplyDeleteSaya dari BATU GAJAH PERAK, sewaktu Ummi datang memberi ceramah, ramai jugak akar umbi yang menyokong PR (PAS DAN PKR) ramai yang PERCAYA dengan kata kata Ummi..ini yang menjadi masalah.