Followers

Wednesday, March 23, 2011

YB Lim Kit Siang Gesa Polis Tangkap Segera Ketiga-tiga Dalang Video Seks !!

Pihak polis hari ini digesa menangkap segera Datuk T trio kerana penglibatan mereka di dalam penyiaran video tape lucah Isnin lalu.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata pihak polis tidak sepatutnya berlengah untuk menangkap bekas Ketua Menteri Melaka dan pemimpin veteran Umno Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka telah pun membuat pengakuan hari ini merekalah Datuk T, lelaki misteri di belakang rakaman video seks yang mereka dakwa pemimpin PKR Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan asing.

Anwar telah membuat penafian bahawa beliau adalah orang yang didakwa di dalam video berkenaan dan telah membuat laporan polis semalam.

“Mengapa pihak polis tidak menangkap ketiga-tiga Datuk T kerana jenayah, termasuk menyiarkan bahan lucah dan ponografi?
“Apakah mereka mempunyai kekebalan dan kebebasan untuk melanggar undang-undang dan bertindak dengan memalukan negara?”
 tanya Lim di dalam kenyataannya hari ini.

Beliau juga ingin tahu samada pimpinan tertinggi dan ahli UMNO lain mengetahui kerja-kerja kotor rakaman video seks yang dilakukan oleh ketiga-tiga orang tersebut.

Beliau menegaskan tindakan tersebut merupakan satu "rencana politik yang paling kotor untuk menghancurkan Anwar dan peluang Pakatan Rakyat’ di dalam pilihanraya umum negeri Sarawak”.

Beliau bagaimana pun percaya, kenyataan yang berlaku akan merupakan peluru penting untuk memecahkan keyakinan dan kredibiliti serta kesahihan kepimpinan Najib.

Tindakan itu akan meyakinkan majoriti rakyat masa untuk mandat Barisan Nasional dan Umno memerintah Sarawak dan Malaysia sudah berakhir, tambahnya. 

Dicatat oleh arus perjuangan

2 comments:

  1. Menteri Bangang.Tengok video lucah tak cari untung tak pa! Yang salah buat untung!Memalukan pengundi Padang Rengas dan penduduk PERAK je!

    ReplyDelete
  2. Betul sangat apa yang cikgu katakan itu, teman pun orang Batu Gajah, Perak. Sangat2 memalukan, dan politik kotor Budaya India ini nampaknya BERLARUTAN dinegara kita yang dibawa oleh MAHATHIR A/L ISKANDAR KUTTY ini, Madey sememangnya jenis "BALING BATU SEMBUNYI TANGAN"..Kita tidak bolek membiarkan perkara ini berlaku lagi. Harus dihapuskan, dengan tidak MENGUNDI UMNO/BN pada PRU 13. Mamak Malabari ini suka sangat melihat orang2 Melayu hancur di Malaysia ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.