Followers

Saturday, March 19, 2011

Taib Mahmud Nak Sampai Wasiat Terakhir Esok.. Posted by Addin

KUCHING, 18 Mac - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang. "Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 di sini hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas".

KUCHING, 18 Mac - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang. "Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 di sini hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas".

Taib juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di sini esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah. Semalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April. Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai. Dalam pilihan raya negeri yang lepas, Barisan Nasional memenangi 62 kerusi, DAP enam, Parti Keadilan satu, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) satu, dan Bebas satu./ Bernama

Addin :

Esok Taib Mahmud nak sampaikan wasiat terakhir sebelum tersungkur pada pilihanraya negeri Sarawak...ha..ha..ha..bersama Najib pulak tu..ha..ha..ha.. melok sangatlah tu..ha..ha..ha..Lepas Taib Mahmud..Najib Tuntuya pulak tersungkur..ha..ha..ha..bungkus pakai borong lepas tu..ha..ha..ha..Sorang hantar Lubnan..lagi sorang hantar Mongolia..ha..ha..ha..

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook

sumber: Addin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.