Followers

Thursday, March 10, 2011

RAIS ANAK YATIM: "Nik Aziz Perlu Bersikap Lebih Realistik."

Malaysiakini melaporkan:


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian.

Beliau berkata kenyataan Nik Aziz kononnya media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang pada Ahad lalu, adalah tidak relevan.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata apabila PAS mengekalkan mandat di Kelantan, menawan beberapa negeri lain dan menang di beberapa kawasan dalam pilihan raya sebelum ini, media tidak dipersalahkan pula.

"Ada pepatah Melayu berkata, bila tak pandai menari dikatakan lantai jungkang-jungkit. Jadi saya fikir Datuk Nik Aziz harus melihat sejarah." - Mkini  

Malaysiakini juga melaporkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain.

Menolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini.

"Selama hari ini tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil. Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi. - Mkini
Macam ni lah rupa jawapan standard yang selalu Umno bagi. Selalu sangat depa bersilat guna buah ni.

Depa selalu canangkan yang kalau kat Malaysia ni takdak demokrasi yang adil macamana PAS boleh menang di banyak kerusi masa pilihanraya termasuk masa PRK. Dan yang lebih jelas lagi, depa kata kalau takdak demokrasi yang adil macamana PAS boleh pertahankan Kelantan sampai 4 penggal.

Jawapan aku mudah saja. Kemenangan dalam pilihanraya tu tak menunjukkan yang pilihanraya kat Malaysia ni adil. Tapi kemenangan tu menunjukkan PAS terutama di Kelantan berjaya mengatasi kekuatan Umno termasuk kekuatan jentera kerajaan pusat dengan bantuan media arus perdana.

Maknanya, PAS Kelantan benar-benar kuat. PAS di negeri-negeri lain pun kuat jugak tapi tak cukup kuat untuk tumbangkan Umno yang sentiasa main kecoh dan ditolong pulak dari segenap penjuru oleh semua 'anjing Umno.'

Yang boleh jadi Kedah boleh jatuh ke tangan PAS tu pasai kesilapan SPR 'si anjing Umno' yang buat persempadanan semula dengan mengurangkan peratus pengundi melayu dengan andaian orang bukan melayu tak ramai sokong PAS.  Tu la pasainya bila tsunami 2008, Kedah dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Kalau tak silap aku, Mat Sabu pernah sebut dalam ceramah dia yang aku dengar yang lebih kurang maksudnya "PAS takkan boleh menang pilihanraya kalau setakat dapat sokongan 51% pengundi, PAS kena dapat sokongan lebih dari tu. Dengan Umno BN yang sentiasa main tipu, PAS kena dapat sokongan sekurang-kurangnya lebih 60% untuk menang dalam pilihanraya.

Kalau PAS lawan Umno lawan satu sama satu secara demokrasi yang betul-betul adil, dah lama dah Umno BN bungkus.

Lagi satu, puak-puak pencacai selalu buat pertanyaan BANGANG. "Kalau tak percaya dengan SPR pasai apa masuk bertanding pilihanraya?"

Jawapan mudah aku. PAS masuk bertanding pilihanraya pasai masih lagi yakin ada peluang  untuk menang walaupun SPR sentiasa 'main taik'. Lagi satu, pemimpin PAS percaya, kalau PAS tak sertai pilihanraya, Umno akan buat lebih teruk lagi, dan kesannya rakyat akan lebih menderita. 

Sekurang-kurangnya, dengan adanya PAS lawan Umno dalam pilihanraya, Umno fikir banyak kali jugak sebelum nak buat satu-satu benda.

Cenangau Daunkari

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.