hasil usaha menangis di atas pentas PWTC masa Che Det tetiba umum letak jawatan..
Lepas pencen dapat jadi Pengerusi Bukan Eksekutif Air Asia..
Perghh!!!
Teringat pulak si Leo Moggi dilantik di TNB sebagai Non executive director..
Beratus ribu gak elaunnya wehh!!
Bukan buat apa pun...
nama pun non executive director..
untunglahhhhh..
hmmm.. agak-agak Kak Pidah kita ni bertanding lagi tak PRU13 nanti?
sunsnake 07032011
Rafidah hasrat bantu AirAsia X capai sasaran
March 07, 2011
SINGAPURA, 7 Mac — Syarikat penerbangan Malaysia AirAsia X bersedia menjadi peneraju dalam industri penerbangan kos rendah perjalanan jauh global, kata Pengerusi bukan eksekutif dan bebasnya yang baru dilantik, Tan Sri Rafidah Aziz.
“Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan Airasia X merealisasikan sasaran dan wawasan untuk menjadi peneraju global dalam industri syarikat penerbangan tambang murah perjalanan jauh.
“Pasukan ini telah mencapai kejayaan dan boleh memanfaatkannya serta terus memperluaskan perniagaan, terutamanya dalam laluan baru yang menguntungkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata bagi pihak beliau, beliau akan membantu menyelesaikan apa sahaja isu yang perlu ditangani oleh Malaysia atau kerajaan lain.
Menurut sumber industri, pelantikan Rafidah tepat pada masanya memandangkan ia akan membantu pertumbuhan masa depan AirAsia X, berdasarkan kepada latar belakang ekonomi dan pengalaman rundingan yang luas daripada tempoh beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Saya yakin yang beliau (Rafidah) akan dapat membawa syarikat penerbangan tambang jauh jarak jauh ini ke tahap lebih tinggi,” katanya.
AirAsia X, syarikat sekutu AirAsia dan syarikat penerbangan tambang murah terbesar Asia mengikut kumpulan pesawat, baru-baru ini membuat tempahan dengan Airbus bagi pesawat A330-200, menjadikannya kepada 28.
Tempahan berkenaan merupakan usaha ke arah menawarkan perkhidmatan laluan Eropah yang berkembang.
Syarikat itu kini ke China, Australia, Taiwan, India, Iran, Jepun, Korea, New Zealand, Perancis dan United Kingdom.
Syarikat itu juga mengumumkan yang rancangan bagi Tawaran Awam Permulaan (IPO) tahun ini, mengikut jadual, walaupun ia perlu mendapat kelulusan bagi rancangan pengembangan laluan dahulu daripada kerajaan.
Sebelum ini, pengasas AirAsia X, Datuk Seri Tony Fernandes berkata syarikat akan disenaraikan di dua bursa, kemungkinan di bursa Amerika Syarikat serta Bursa Malaysia.
Syarikat penerbangan itu juga berharap untuk meningkatkan perolehannya daripada RM1.3 bilion tahun lepas kepada RM2.0 bilion pada 2011.
— Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.