Followers

Tuesday, March 8, 2011

Pemimpin UMNO Masih Cemas Memikirkan Anwar - Ditulis oleh Edi Suleiman



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mencemaskan Barisan Nasional kerana kepimpinan beliau di dalam Pakatan Rakyat semakin mantap dan sokongan orang ramai terhadapnya tetap utuh.  

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata dakwaan pemimpin UMNO BN kononnya Ketua Pembangkang itu ditolak oleh Pakatan Rakyat hanyalah cubaan terdesak pemerintah untuk mengaburi mata rakyat mengenai realiti politik semasa. 

"Tahun 1999 selepas insiden Anwar Ibrahim, pembangkang memenangi hampir 27 kerusi parlimen Anwar dalam penjara. 

Tahun 2004 Anwar masih dalam penjara dan prestasi pembangkang menjunam. Tahun 2008 Anwar telah keluar dari penjara dan menjelajah ke seluruh negara dan itu menumbang kepada peningkatan 81 kerusi parlimen secara keseluruhan," katanya.

Justeru untuk memastikan UMNO BN tidak menerima nasib sama pada pilihanraya umum akan datang, parti pemerintah itu menfitnah Anwar dengan harapan untuk menghakis pengaruh Pakatan Rakyat. 

"UMNO Barisan Nasional mengkaji segala kelebihan dan kelemahan Pakatan Rakyat dan telah mensasarkan serangan watak dengan harapan menjadi lemah," katanya.

Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin sebelum ini mendakwa sokongan untuk Anwar kononnya meluntur walaupun hakikat adalah UMNO BN terus menggunakan polis dan mengupah samseng untuk menghalang Ketua Pembangkang itu daripada berceramah di Johor dan terbaru di Kerdau. 

Di Parlimen, cemas dengan pendedahan Anwar mengenai pelbagai penyelewengan UMNO BN, parti itu menggunakan kelebihan majoriti untuk menggantung Anwar selama enam bulan. 

Turut digantung Ahli Parlimen Pembangkang iaitu, Azmin Ali dan  R.Sivarasa dari PKR serta Pengerusi DAP Karpal Singh. 

Penggantungan itu tidak sedikit pun menimbulkan sebarang perselisihan mengenai kepimpinan Pakatan Rakyat. 

"Kita bukan memilih ketua pembangkang. Majlis presiden membuat keputusan tidak ada sebarang pemilihan ketua pembangkang memandangkan ini hanyalah agenda membahas titah diraja," kata Saifuddin.

TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.