Followers

Thursday, March 24, 2011

PARTI KITA (R) SEMULA - Terpaksa Jadi Pencuri Untuk Menambah Ahli ?

Apa??? Mencuri??....Cakap bukan main lagi gah.... berdegor-degor sampaikan ayor lior, puuhh... puuhh... keluor. Rupanya cakap orang tak bertelor!!

Itulah dia parti nyamuk KITA[R] semula. Dulu kata... ramai yang berduyun-duyun akan keluar PKR untuk masuk KITA[R]. Tunggu punya tunggu.... hapah pun tarak.

Last-last... terdengor pulak cerita yang KITA[R] terpaksa jadi pencuri untuk mencari ahli. Pastinya... sasaran yang menjadi tempat curian mereka ialah PKR. Maka, berlakulah adegan pujuk-memujuk ahli-ahli PKR untuk masuk KITA agar mereka boleh di KITA[R] semula menjadi katak berjemana KITA. Pulak dah....

Fuiyo.... promosi sedang giat dilakukan tapi malang cara promosi tidak mengikut etika. Mereka nak promote parti sendiri dengan bad-mouth parti PKR. Kalau dulu kegiatan cuba mencuri ahli PKR dikesan di Kedah, kini ia berlaku pula di Pahang.

Wa tak tipu tau... You all baca sendiri. Ini aku cilok dari blog Suhaimi Said. Di bawah ialah sedutannya....

Saya telah menghantar sms kepada Ketua Cabang ini dengan bertanya secara terus terang seperti berikut:

"Saya mendapat aduan daripada beberapa orang anggota PKR Ranting Bukit Dinding, Jerantut bahawa anda mengajak mereka meninggalkan PKR untuk menubuhkan KITA di Jerantut, benarkah?"

Dan seminit kemudian beliau telah menjawab: "Ya".

Kemudian saya mendapat laporan daripada Ketua AMK PKR Cabang Kuala Krau dan laporan dari bekas Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau bahawa Ketua Cabang Jerantut ini mahu melantik Ketua AMK Cabang Kuala Krau itu sebagai Ketua Pemuda KITA Negeri Pahang.

Azmi juga memberitahu saya bahawa ramai anggota-anggota PKR Jerantut yang lain dijemput menjadi anggota KITA, tetapi tidak seorang pun terpikat dengan ajakan Ketua PKR Jerantut itu, bahkan kaum keluarganya sendiri juga tidak terpikat untuk menyertainya menjadi ahli KITA.

Klik di sini untuk terus membaca.

Itulah ceritanya... hal parti KITA[R].

Siakap Tenggiri Gelam Ikan Duri - Cakap meninggi tetapi mencuri!!

Posted by A Mum Of Three Mohd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.