Followers

Monday, March 21, 2011

PANAS!! Usaha Fuziah Selamatkan Kuantan Berjaya Tempelak Umno-APCO!!

  
Kempen MP Kuantan ‘Halang Lynas, Selamatkan Malaysia’ mula raih sokongan


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sedang memberi penjelasan
serta mengumpul tandatangan sokongan membantah cadangan pembinaan

loji pembersihan nadir bumi (tanah jarang) di sebuah pasar tani hari ini

Dua tahun lalu usahanya tidak memperlihatkan kejayaan, malah tidak ramai yang peka dengan isu tersebut.

Bagaimanapun hari ini, Ahli Parlimen Kuantan dari PKR Fuziah Salleh (gambar) kelihatan senyum apabila gerakannya mula menerima sokongan memprotes syarikat Australia, Lynas Corporation daripada memulakan operasi loji pembersihan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan.


Sekitar 200 orang dari ibu negeri Pahang menghadiri sesi dialog hari ini sambil meminta kerajaan negeri dan pusat menghentikan Lynas daripada beroperasi di negara ini.


Sebahagian daripada orang ramai yang menyertai
dialog awam anjuran Fuziah Salleh di Kuantan hari ini
.

Mereka memperlihatkan sokongan dan ia kelihatan menggalakkan.

Seorang ahli perniagaan secara sukarela menyatakan kesediaan membawa warga Kuantan ke bangunan Parlimen untuk menunjukkan protes.


Langkah mengumpul tanda tangan di pasar tani di sini pagi tadi juga menghimpunkan sekitar 500 penyokong.


Sepuluh yang lain mengangkat tangan apabila Fuziah, yang juga Naib Presiden PKR, meminta sukarelawan untuk mengetuai jawatankuasa “Halang Lynas! Selamatkan Kuantan”.


Wakil rakyat penggal pertama itu memulakan usaha menghalang loji itu seorang diri dua tahun lalu tetapi usaha itu kelihatan gagal.


Kini beliau memulakan kempen meminta Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia tidak mengeluarkan permit operasi kepada Lynas.


Laporan sebelum ini mengatakan bahawa syarikat itu akan memulakan operasi akhir tahun ini.


Kilangnya di Gebeng sedang dibina.

Di Parlimen Selasa lalu, Fuziah menggesa agar kerajaan sama sekali tidak mengeluarkan lesen operasi memproses tanah jarang kepada Lynas.

Dua minggu lalu, akhbar harian Amerika, The New York Times melaporkan pekan industri Gebeng bakal menyaksikan pusat pemprosesan nadir bumi atau lazimnya dikenali tanah jarang, yang paling besar di dunia.

Loji bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh Lynas Corp dan pihaknya akan menghantar nadir bumi yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan nadir bumi, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980-an.


Sehubungan itu Fuziah juga menyoal “adakah kita mahu tunggu ada kes seperti di Bukit Merah, ada anak pekerja yang lahir cacat, abnormal, baru kita mahu bertindak?”


“Adakah nyawa dan keselamatan rakyat Kuantan begitu tidak berharga kepada kerajaan Malaysia?” kata Fuziah di Parlimen.


MENYUSUL LAGI


Foto ihsan Twitter Fuziah Salleh
( http://twitter.com/fuziah99 )

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.