Followers

Monday, March 14, 2011

PANAS!! Tanah NCR Sarawak: Malaon Menipu Lagi!!!

 

Kah kah kah...

Malaon paling kaya di Malaysia menipu lagi kah kah kah...

Dari orang Iban kat Simunjan sampailah orang Penan kat Ulu Rajang semuanya kena kencing dengan malaon sekor ni kah kah kah...

Baca apa yang malaon ni goreng sampai hangit kah kah kah...

Kerajaan Sarawak tidak akan membiarkan manfaat ekonomi yang dibawa menerusi pembangunan tanah hak adat pribumi (NCR) dibayangi kontroversi, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Taib yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri, berkata kontroversi sedemikian hanya boleh diatasi dengan melihat undang-undang, khususnya dokumen atau buku yang ada kaitan dengan NCR bagi membolehkan penduduk pribumi menukar tanah mereka untuk menjadi entiti ekonomi moden.


"Tugas undang-undang adalah untuk memastikan beberapa idea kabur, yang wujud dalam masyarakat kita sendiri, yang merampas hak rakyat diterjemahkan kepada manfaat perniagaan dan ekonomi," katanya ketika melancarkan buku "Undang-undang mengenai Tanah Adat Pribumi di Sarawak" ditulis oleh bekas Peguam Negeri Datuk JC Fong di sini.

_________________________

Kah kah kah...


Tak payah kontroversi! Tak payah panggil orang suratkhabar!!


Panggil saja Mas Idayu atau Inul Daratista gelek gerudi 45 darjah biar kepala malaon bengkok sudah kah kah kah...


Nampak tak malaon ni menipu??


Undang-undang bisa saja di dalam poket asalkan "hulur" secukupnya kah kah kah...


Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?


Laman sesawang Sarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai sehingga RM90 juta.

Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching. Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban.


sri aman land grabSadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit.


“Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu. Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang.


“Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit,” lapor laman sesawang itu, Rabu lalu.


Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberapa hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.


Menurut
Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu.

Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.


Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam.


Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib.


Mahmud Abu Bekir Taib, anak taib mahmud's son and titanium shareholder“Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.”


Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.


Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar,” kata laporan sesawang itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.