Followers

Wednesday, March 23, 2011

Fitnah Sex Video : Respon En Khir Toyo (Bekas MB Selangor)

Bekas menteri besar Selangor En Mohamad Khir Toyo menggesa BN supaya tidak menggunakan "isu-isu dalam kelambu" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melemahkan Pakatan Rakyat, terutamanya menjelang pilihan raya negeri Sarawak.


Ini kerana, kata En Khir, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik tetapi menilai kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan.

"Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN.

"Jika BN terlalu ghairah memainkan isu ini dan akhirnya terbukti lelaki tersebut bukan Anwar, maka Anwar akan mendapat kemenangan besar dari segi populariti politiknya," tulis En Khirdalam blognya yang bertajuk
Permainan Politik Siapa?

sumber: Parlimen Kota Raja

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.