Followers

Saturday, March 19, 2011

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz Sebagai Pengecut ? - YB Zuraida Kamaruddin

Pecah Tembelang..Rupanya Nazri Aziz Takut Dengan Rosmah ..Ha..Ha..Ha..!! Posted by Addin

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebagai pengecut kerana mengelak bercakap benar mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 

Beliau berkata, Nazri berdolak-dalik ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff parlimen baru-baru ini mengenai bidang kuasa Rosmah yang didakwa mencampuri urusan negara. Ia termasuk kenyataan Rosmah berhubung kejadian tsunami di Jepun baru-baru ini.

“Beliau (Nazri) tidak menjawab soalan yang ditanya Siti Zailah, tetapi banyak berdolak-dalik mengenai pertanyaan itu. “Nazri sebenarnya takut untuk bercakap benar mendedahkan penglibatan Rosmah sebagai wanita pertama, penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) dan kenyataan memalukan daripada Rosmah mengenai Tsunami di Jepun,” kata Zuraida ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang turut menganggap kenyataan Nazri yang mengatakan lawatan Rosmah sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), sebagai tidak berasas. “Rosmah sama sekali tidak berhak menjadi wakil wanita pertama dengan mencampuri urusan negara.

“Kita dapat tahu yang beliau bukan dijemput, tetapi pergi dengan alasan hubungan negara. Malah duit yang digunakan sepanjang lawatan itu sudah pasti duit rakyat. Sementara itu Zuraida turut mengungkit semula penganjuran IFF yang menyimpang jauh daripada landasan ajaran Islam anjuran Rosmah tahun lalu.

“Kita tidak mempersoalkan siapa yang pergi menonton, tetapi rekaan pakaian yang dipertontonkan sebagai Islam. Perkara ini juga Nazri cuba mengelak daripada menjawab tetapi banyak memburukkan kita yang dikatakan sengaja menabur fitnah kepada Rosmah,” ujarnya.

Rosmah yang sebelum ini merampas gelaran wanita pertama daripada Permaisuri Agung, mempunyai pejabatnya sendiri di Jabatan Perdana Menteri, menerima kecaman pelbagai pihak atas sikap borosnya membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya.Antaranya mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Kuala Lumpur dengan belanja RM4.5 juta hanya dalam masa tiga hari.

Beliau juga disifatkan sebagai ‘Imelda Marcos’ Malaysia kerana banyak menghabiskan wang rakyat melancong ke luar negara seperti membelanjakan RM100,000 hanya untuk menginap semalaman di hotel mewah Atlantis di Dubai.

Addin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.