Followers

Wednesday, March 16, 2011

Bangang sampai mampuih... kahkahkah...Pemuja pemuja Mahathir yang banyak bersarang dalam Umno !

Pemuja pemuja Mahathir yang banyak bersarang dalam Umno bagaikan terpaku dengan keajaiban kitab tulisan Mahathir yang terbaru bertajuk, A Doctor In The House : The Memoir of Tun Dr Mahathir Mohammad. Keagungan garapan Mahathir ini telah diangkat sebagai paling berilmiah dari seorang tokoh tersohor bangsa Umno sehinggakan ada fatwa yang terbit mengatakan tidak sah Umno seseorang itu sekiranya mereka tidak angkat buku ini untuk dihafal.

Jangan hairan kerana setakat ini sahajalah tahap minda bangsa Umno. Mereka meletakkan setiap patah ucapan dan garapan Mahathir bagai firman berupa formula hidup dalam kelompok bangsa Umno. Mereka langsung malah sengaja melupakan banyak fakta yang mengelirukan dan juga tidak benar berlingkar dalam buku tulisan mantan Piem bangsa Umno yang paling lama dalam sejarah negara itu. Beliau sengaja melarikan diri dengan menuding jari pada orang lain dari kesalahan lampau beliau.

Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Allahyarham Ustaz Ishak Baharom dipecat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Selangor, pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim negara, pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya di Memali yang berlaku pada 19 November 1985. Tangkapan zalim di bawah akta zalim ISA. Menarik balik bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sehingga banyak SAR terpaksa ditutup.


22 tahun pemerintahannya bukanlah pendek malah terlalu banyak untuk kita senaraikan warna hitamnya... Namun aku yakin, pemuja pemuja Mahathir akan gagal lagi untuk melihat segala keburukan diwaktu pemerintahannya. Kerana gerhana gerhana yang tercipta dizaman Mahathir telah sekali lagi cuba dibersihkan oleh para pemujanya kononya dengan kegemilangan dan keagungan garapan memoir merapu hidup Mahathir itu...


Sampai ke mati la jawabnya mereka mereka ni kena tipu dengan mantan Piem Umno tu yang tanpa siapa pun ketahui bagaimana rupanya bapa Mahathir... kahkahkah...
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.