Aku tau Anwar mesti suka berita ni, Wan Azizah pun tentu gembira geli perut, Azmin gelak guling guling laa.. haha... Apa taknya, memang ini yang diorang harapkan. Ini yang diorang mahukan agar berita yang Pengasas Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zaid Ibrahim kata ni akan menjadi kenyataan. Lagi cepat lagi bagus... kahkahkah....
Zaid membayangkan lebih ramai lagi pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai KITA dalam tempoh terdekat ini. Katanya, kebanyakan mereka sudah menyatakan minat menyertai KITA kerana yakin dengan matlamat perjuangan dan hala tuju yang digariskan.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama pemimpin berkenaan yang menyatakan pendirian untuk berbuat demikian.
Pasai apa pulak Anwar suka berita ni? Sebabnya...
Lepas ni tak dak sapa lagi dah nak cabar jawatan Anwar sebagai tuan penasihat...
Tak dak sapa lagi dah yang berani cabar Wan Azizah sebagai Puan Presiden...
Azmin boleh pegang jawatan Timb Presiden tu sampai bila bila selagi dia mahu... kahkahkah...
Sebab PKR tu last last tinggal depa ni tiga orang saja... kahkahkah...
sumber: shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.