"

Kalau nak dapat manafaat macam di Selangor sama-samalah kita bekerja keras pastikan kemenangan Pakatan Rakyat di N.Sembilan dalam PRU 13 , insyaAllah.
Sebelum beri apa-apa komen, pergi tanya sendiri mana-mana Guru KAFA, Guru SARA, Guru GSTT berapa elaun mereka di Negeri Sembilan.
Jangan lupa baca cerita sebelum ini ISLAM MAKIN TERPINGGIR DI N.SEMBILAN, MAKSIAT MAKIN BERLELUASA di http://amkns.blogspot.com/2011/02/islam-makin-terpinggir-di-nsembilan.html
Selangor naikkan elaun guru Kafa RM300
Harakahdaily
SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri.
Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.
“Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” kata Khalid.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.