Followers

Saturday, February 12, 2011

Tun Mahathir terus minta pemimpin UMNO menekan Najib ?

Sebelum ini Tun Mahathir telah memujuk pimpinan UMNO Johor untuk menekan kerajaan pusat agar meneruskan projek yang diilhamkannya, iaitu Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor dan Singapura. Malah Tun Mahathir juga sudah memulakan serangan amaran kepada Najib sekiranya tidak mahu meneruskan projek itu. [Tun Mahathir]

Idea pembinaan jambatan bengkok ternyata akan memberikan faedah yang banyak kepada Rakyat Johor khasnya, serta Malaysia secara amnya, kerana ia akan membantu meningkatkan ekonomi rakyat selain memadamkan keangkuhan Singapura yang selama ini begitu sombong kepada Malaysia. [Jambatan bengkok]. 

Tun Mahathir juga sebelum ini telah mendedahkan bagaimana rakyat Johor diperbodohkan berpuluh tahun oleh Singapura dalam isu air [Isu air Johor]

Dalam laporan Malaysian Insider hari ini, Tun Mahathir meneruskan gesaannya agar semua pemimpin UMNO dari peringkat akar umbi terutama pemimpin-pemimpin Johor agar memberi tekanan kepada Najib agar projek Jambatan Bengkok yang ditamatkan oleh Pak Lah dapat diteruskan [M'sia Insider].

Nampaknya tidak ada sebab untuk Najib menolak bagi meneruskan pembinaan jambatan Bengkok ini. Projek jambatan bengkok ini memang satu keperluan kepada rakyat Johor. Projek berfaedah seperti ini tentu sekali akan mendapat sokongan penuh rakyat. Najib harus melupakan projek menara gilanya, "Warisan Merdeka" yang dilihat hanya menguntungkan cukong yang mendapat kontrak serta memerlukan masa yang lama untuk pulang modal.

ReJaM© "Mengapa Najib masih berdiam diri? Takut dengan singapore ke?"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/tun-mahathir-terus-minta-pemimpin-umno.html#ixzz1Dkn36aTc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.