Followers

Tuesday, February 8, 2011

Takkan takdak cara nak rampas air dari SYABAS ?

Aku meluat sungguh dengan tengok karenah SYABAS ni. Sebelum ni syabas bersungguh-sungguh berusaha nak gagalkan janji menifesto PR yang nak bagi air percuma. Selepas tu depa pandai-pandai pulak gunakan peruntukan air percuma tu depa pusing dengan tubuhkan Tabung Budi.

Kerajaan Selangor bersungguh-sungguh nak menyelesaikan isu air di Selangor samapi ke tahap menawarkan pengambilalihan aset air di Selangor dengan tawaran berjumlah RM9B.

Harakahdaily melaporkan:
Kerajaan Selangor telah membuat tawaran terbaru kepada empat syarikat konsesi air di Selangor iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Abass Sdn Bhd (ABBAS) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Kerajaan Negeri menawarkan pengambilalihan 100% saham syarikat itu pada harga RM64.62 sesaham untuk Puncak Niaga; RM20.78 sesaham untuk Syabas; RM5.95 untuk SPLASH dan RM9.39 untuk ABBAS.


Tawaran ini termasuk pengambilalihan semua aset syarikat dan liabiliti. Semua pekerja dan kakitangan syarikat juga terlibat dalam pengambilalihan ini. Nila-nilai yang ditawarkan ini dibuat melalui proses yang teliti oleh firma audit profesional mengikut piawaian sekuriti antarabangsa.


Pengambilaihan ini akan melibatkan pemindahan aset air negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), selaras dengan dasar air kebangsaan dan amalan di negara-negara lain. -
Hrkh
Malangnya pengambilalihan tu tak menjadi kenyataan bila Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) menolak cadangan tu melalui surat rasmi bertarikh 27 Januari.

Harakahdaily melaporkan:
Tawaran pengambilalihan semua aset konsesi air Selangor oleh kerajaan negeri kini terbatal apabila salah satu syarikat – Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) – secara rasmi menolak tawaran itu melalui sepucuk pada 27 Januari lalu.

“Walaupun (Konsortium) Abbas (Sdn Bhd) telah menerima tawaran dengan persetujuan bersyarat pada 28 Januari, tetapi tawaran itu tetap dikira luput kerana tawaran kepada empat syarikat itu adalah inter-conditional yang mana empat syarikat mesti menerima secara bersama,” kata kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor petang ini.


Pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, dua lagi konsesi – Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd – telah menghantar dua pucuk surat meminta penjelasan lanjut dan telah dibalas dengan segera. -
Hrkh
Apa nak dikata, dah memang semua orang tau yang puak-puak cukong ni memang dibela Umno BN. Memang depa-depa ni takkan melawan kemahuan tokey sebenar depa. Depa ni bukan heran sangat dengan kebajikan rakyat, yang depa tau cuma macamana nak menunjukkan taat setia kepada 'tuhan' depa.

Apa pun tndakan terbaru Pengarah Syabas bagi bukti terang dan nyata yang sebanarnya SYABAS memang sangat-sangat layak di gelar si 'Anjing Umno' BN.

Sinarharian melaporkan:
Pengarah Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, tarif air yang diperkenalkan syarikat itu masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

”Tarif air kita masih lagi rendah dan apa yang dicadangkan itu telah dibincangkan dengan panjang lebar di antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Syabas sendiri.


”Tidak perlulah kita risau, takut dengan tuduhan yang mengatakan Syabas bercadang menaikkan tarif sebanyak 37 peratus kerana tarif ini hanya dapat dinaikkan sekiranya Syabas bejaya mencapai KPI yang telah ditetapkan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu ceramah anjuran UMNO Selangor yang bertajuk ‘Siapa Derhaka’, di Seksyen 16 Shah Alam, kelmarin. -
PASPB
Kalau dah memang jenih bermazhab Umno BN, nak kata apa lagi.

Cumanya takkan takdak cara lain nak rampas hak air dari SYABAS ni. Takkan takdak ruang atau lompong dalam perjanjian konsesi yang Kerajaan Negeri boleh tekan SYABAS. Dengan kuasa yang Kerajaan Negeri ada aku yakin ada ruang-ruang yang boleh digunakan untuk Kerajaan Negeri betul-betul tekan SYABAS sampai depa sendiri menyerah kalah.

Meluat sungguh aku tengok kelaku puak-puak Anjing Umno BN ni.


   Cenangau Daunkari

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.