Followers

Tuesday, February 15, 2011

Mungkin ada hikmahnya kalau Anwar dipenjarakan sekali lagi !!

Kalau pemimpin Umno yang tegur, mungkin itu tidak benar kerna Umno musuhnya. Kalau MCA, MIC atau Gerakan yang mengata, juga tidak benar kerna MCA, MIC dan Gerakan adalah teman sekatil Umno.


Tapi bila pemimpin dan ahli sendiri yang kata telah bosan dan menyampah, maka pastinya ada sesuatu yang tidak kena!! Malangnya, masih ada yang pekak, ada yang tuli.

Maka benarlah apa yang kerap dihujahkan sebaik selasai pru-12, Mac 2008 lalu, Pakatan Rakyat menang besar bukan kerna kekuatannya tetapi kerna rakyat ingin memberi pengajaran kepada Umno/BN.

Pada 14hb Nov. 2009 antara lain saya menitipkan:

Pemimpin-pemimpin ini yang dulunya bertindak sebagai "Wakil Rakyat" yang menyampaikan suara rakyat, yang sanggup berhujan dan berpanas bersama rakyat, yang menentang dengan lantang, keras dan bersemangat isu-isu berkaitan penindasan terhadap rakyat telah bertukar wajah. Suara mereka menjadi semakin lunak tetapi meloyakan. Mereka lebih kerap berbincang tetapi tidak lagi dengan rakyat dijalanan, desa atau kampung. Mereka berdiskusi di dewan-dewan besar dengan hidangan mewah.

Mereka bermesyuarat tidak lagi di restoran-restoran atau balairaya tetapi di Dewan Majlis Perbandaran, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara atau setidak-tidaknya di lobi-lobi hotel 5 Bintang. Kemeja T menjadikan badan mereka gatal dan melekit. Mereka 'terpaksa' berkemeja panjang dengan kot berjenama.

Mereka bukan ahli korporat tetapi gaya mereka menggalahkan CEO konglomerat. Mereka semakin kekok dan tidak selesa dengan Proton Wira, Dutsun 130Y apatah lagi kacil 850. Mereka telah maju dan mula berjalan laju. Justera berjalan terlalu laju, mereka terlupa memandang dan menghulur jabat kepada rakyat yang dahulunya sahabat.

Mungkin mereka tergesa untuk urusan rakyat. Teruskan. Semoga urusan dapat diselesai dan masalah terurai. (baca seterusnya di sini)

Kehebatan PKR yang tidak dapat dinafikan ialah cara pemimpin kanan parti menyelesaikan masalah hanya dengan KY-gel. (baca di sini)  

Dalam PKR ada syarat wajib yang menjadi dosa besar jika tidak dipatuhi. Syaratnya: Jangan Kritik PKR!


Pada 25hb Dis. 2010 antara lain saya menulis:

Secara jujur, saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan PKR sebagai rakan induk dalam Pakatan Rakyat dapat berdiri gagah dan berwawasan luhur untuk mentadbir negara dengan menumpaskan Umno/BN dalam pru-13 nanti. Malangnya, tindak-tanduk pemimpin PKR pasca pru-12 dalam banyak hal tidak menjurus ke arah mengamalkan apa yang mereka sendiri ucap atau janjikan! (baca di sini)

Di bawah ini adalah apa yang tuliskan oleh sahabat saya. Saya mengenali sdra. Isa, saya juga kenal MSK,  dan saya akui apa yang tulisnya adalah benar!

Setiausaha Agung pun 2x5 jer.... aaaahhhh... pi mampuslah kat PKR... kalau Anwar Brahim masuk penjara pun bagus gak.... Wan Azizah yang selama ini macam puppet boleh aktif semula... kah..kah..kah....

Ahhh... persetankanlah pasal PKR nih...  baca lagi dibawah ini:

Mat Saman Kati : Kah..Kah..Kah.. Akhirnya...!!!

Isnin, Februari 14, 2011

Pasti ramai yang dah baca pasal Mat Saman Kati (Blogger MSK), yang belum baca klik sini.
Gua tak terkejut pun dengan keputusan beliau.... Tahniah gua ucapkan...

Sejak pemilihan PKR tempoh hari... gua pun dah slowdown nak sentuh pasal partai PKR nih... membosankan beb... jenis cakap tak serupa bikin dan adik beradik sepusat sepusing dengan umnoapco yahudi laknatullah... hahaha...

Last entry gua... walau tak sentuh partai atau pemimpin mana adalah di sini, memang haprak wa cakap luuuu....

Apa yang terjadi pada Zaid Ibrahim, Gobala dan ramai lagi yang bersangkutan dengan PKR (pemilihan parti) gua tak mau ambik pot sangat.... itu diorang punya internal problem..., yang gua kesalkan dan gua benci teramat apabila "ADUAN" berkaitan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti sampai hari ini crash boom bang.... senyap jer.... seolah-olah ada perkara yang di sembunyikan dan seiringan dengan tuduhan yang di lemparkan terhadap Anwar/Azmin... hahahaha...

Setiausaha Agung pun 2x5 jer.... aaaahhhh... pi mampuslah kat PKR... kalau Anwar Brahim masuk penjara pun bagus gak.... Wan Azizah yang selama ini macam puppet boleh aktif semula... kah..kah..kah....

Ahhh... persetankanlah pasal PKR nih... apa yang gua nak sound pada kepimpinan atasan PKR... lu orang kenal rapat dengan MSK... lu orang tau pengorbanannya dalam parti... soal kudrat yang diberikan tak perlu dipertikaikan dan gua tau dia pun tak kisah pasal tuuuu...

Yang penting sekali... lu orang tolonglah cari duit dan bayar segala kos penyelengaraan projek2 yang lu orang suruh dia buat dan dia dah laksanakannya.... tapi tuntutan bayarannya (claim) sampai la ni.... mana daaaaaa.... dan dia pulak yang terpaksa berhutang demi parti PKR...

Apakah itu di panggil perjuangan....???? Puluhan ribu Ringgit beb.... yang di korbankan demi parti... soal jual kambing peliharaannya demi parti usah ceritalah... ini sampai berhutang demi parti beb... mana tak frust orang tua tuuuuu....

Buat Abang Mat... lu jangan marah dengan gua nooooo.... ha..ha...ha.... biaq puak2 yang tak tahu cerita kat luar sana tau... siapa munafik2 atasan PKR tuuuuu.... buat apa nak simpan2 benda macam nih... orang sendiri pun depa tak tau nak jaga... inikan pulak nak jaga 1Malaysia.... kah..kah...kah.... pi mampuih la kat depa...

Depa jadi YB gaji/elaun ribu riban... rakyat marhaen yang dok menyokong depa... jadi barua... demi parti sanggup berkorban apa saja... bila depa dah dapat jawatan... habis semua kena kencing... binawe betui...

Hancusssss.... wa cakap luuuuu.... selagi perangai umnoapco yahudi laknatullah masih melekat tebal kat tubuh badan depa..... hahahahaaaaaa

Ikut Suka Aku (ISA)

2 comments:

  1. Gua rasa kerajaan xkan berani utk penjarakan Anwar sbb itu akan merugikan diorang..Diorang dh makin selesa dgn deretan kemenangan PRK dibantu dgn pergolakan dalaman PKR..
    So tindakkan memenjarakan Anwar akan mempengaruhi pengundi Atas Pagar lari undi ke Pakatan..
    No..They won't let this happen..
    So tindakan membeli Adun2 PKR melompat keluar semakin menampakkan hasil dan klu PKR tidak belajar dari situasi semasa,Putrajaya akan tinggal jd Impian..
    Tp sebagai Parti yg masih baru berbanding rakan2 pakatan yg lain,apa sahaja yg berlaku sebenarnya adalah Tarbiyah kpd pendokong keadilan..Keluar dari PKR adalah pilihan induvidu ttp kembali menyokong BN adalah penghinaan kpd prinsip menegakkan keadilan dlm negara..Adalah lbh baik memilih kelemahan dari memilih kezaliman..Itu adalah amanat Rasul s.a.w buat kita semua..

    ReplyDelete
  2. Satu komen yang sangar BERNAS, terima kasih diatas sokongan saudara..I will never forget you...LAWAN TETAP LAWAN.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.