Timbalan pengerusi biro publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, Media Prima patut mengumumkan kumpulan itu tidak terlibat dengan kenyataan Siti Nor Bahyah yang didakwa berkata bahawa “maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian" sebagai tradisi masyarakat Kristian.
"Media Prima juga tidak patut membenarkan salurannya menyiarkan rancangan menentang kepercayaan agama lain dan sekiranya perlu, memeriksa kandungan ucapan pembicara berkenaan."
Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini menuntut Siti Nor Bahyah permohonan maaf atas kenyataanya yang "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" dan dibuat tanpa fakta yang dikaji teliti.
Sambil memberitahu bahawa sambutan itu tiada asas dalam ajaran Kristian, Pemuda CCM mendakwa Siti Nor Bahyah menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran lain dengan pandangan yang salah dan diperolok-olokkan sebagai fakta.
Urus pertembungan
Dalam satu kenyataan hari ini, Loh menyarankan, polis juga patut menyiasat kata-kata mencemar Siti Nor Bahyah - yang terkenal cadangan "urutan cakar harimau"- sebagai hasutan.
"Patut dimaklumkan bahawa hari Valentine merupakan acara komersial yang tidak berbeza dengan hari ibu, hari bapa dan hari guru.
"Tidak seperti Good Friday, Easter dan Krismas, hari Valentine bukan acara daripada kalendar Kristian oleh penganutnya.
"Perkara ini berlaku kerana kurangnya dialog antara agama dalam negara ini. Saya mengajak semua pihak mari kita berdialog mengatasi masalah ini.
"Kita tidak boleh biarkan pertembungan ini tidak diurus dengan baik. Pemuda PAS bersedia menjadi sekretariat dialog ini," katanya.
malaysiakini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.