Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Pada 12 Januari lalu, Karpal memfailkan semakan kehakiman ke atas Ketua Hakim Negara itu berhubung dakwaan yang beliau pernah merasuah kakitangan mahkamah ketika menjadi peguam.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memohon mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa Zaki menjelaskan perkara itu dan mengheretnya ke Tribunal Kod Etika Hakim.
Katanya, dalam permohonan mengikut Seksyen 5 Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009, pihak berkuasa yang sewajarnya mendengar aduan beliau terhadap Zaki seharusnya seorang ketua hakim atau hakim mahkamah persekutuan yang telah bersara.
Karpal juga memohon perintah mahkamah bagi menghalang diri Zaki sendiri bagi menentukan merit aduan ke atas kes berkenaan.
Tindakan itu dilihat sebagai percubaan Karpal bagi menekan Zaki yang pernah membuat kenyataan bahawa beliau merasuah kakitangan mahkamah ketika menjadi peguam.
Zaki didakwa membuat kenyataan itu pada ucapannya di sebuah konvensyen di Kuching.
malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.