Followers

Monday, November 8, 2010

Status Zaid: Bidang Kuasa Di Bawah JPP

PETALING JAYA 8 NOV - Sekretariat PKR tidak dapat mengesahkan status Calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim kerana ia bukanlah di bawah bidang kuasa mereka sebaliknya di bawah JPP.


Menurut Timbalan Setiausaha Kerja PKR, Syarifah Shahidah Syed Kamarulzaman, JPP yang dipengerusikan oleh Molly Cheah belum menerima apa-apa surat rasmi berkaitan penarikan diri Zaid dan tidak boleh membuat keputusan buat masa ini.

Bagaimanapun media difahamkan JPP bakal mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini.

Zaid kini mendapat 3410 undi berbanding Naib Presiden Azmin Ali yang mendahului dengan 4378 undi dan seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1181.

Shahidah dan Setiausaha Kerja PKR Radin Shamsulkamar diasak hebat wartawan yang mahu mengetahui status Zaid yang mengumumkan dalam blognya awal pagi tadi menarik diri dari pemilihan serta meletak semua jawatan dalam parti.

Zaid pula akan mengadakan sidang media esok bagi menjelaskan keputusan beliau itu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.