Followers

Sunday, November 7, 2010

“Saya tidak terkejut kerana tuduhan Umno itu turut diungkapkan dalam nada yang sama oleh pemimpin dalaman Pas seperti Hassan Ali dan Datuk Harun Din,”

Pas tak cukup cerdik la kalau kena perangkap Ku Li
Lebih baik jangan masuk bertanding kat Galas hari tu kalau dah ngan Ku Li pun boleh kena perangkap.

Bila terbaca cerita ngeri ni kat MI, aku pun naik gelabah dan pening. Betoi ka Pas ni yang aku dok sokong gila, siang dan malam, pagi dan petang. Pemimpin-pemimpin Pas sangkal tanggapan sesetengah pihak bahawa kekalahan Galas disebabkan wujudnya unsur sabotaj dalaman parti dan jugak enggan mengaku strategi berkempen Pas yang terlalu defensif terutama ketika menghadapi jentera diketuai Tengku Razaleigh Hamzah sebagai punca.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberitahuThe Malaysian Insider, khabar itu adalah permainan umum di sesawang Internet sahaja.

“Saya rasa soal strategi tidak ada ada kaitan. Isu itu main dalam pasaran (Internet),” jelas beliau.

Penegasan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu sekali gus menafikan dakwaan seorang blogger Pas Abdul Rahman Talib kononnya kekalahan tersebut berpunca oleh pemimpin Pas sendiri membantu “propaganda Umno” di Galas.

Abdul Rahman Talib yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” dalam blog Malaysia Waves berkata, pemimpin yang dimaksudkan adalah Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Harun Din dan Datuk Dr Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Exco Kerajaan Selangor.

“Kempen PAS begitu ‘mandom’ dan defensif. Serangan utama Umno kepada PAS yakni PAS dipergunakan DAP, tidak dijawab langsung ataupun dibiarkan tanpa jawapan yang baik dan jelas.

“Saya tidak terkejut kerana tuduhan Umno itu turut diungkapkan dalam nada yang sama oleh pemimpin dalaman Pas seperti Hassan Ali dan Datuk Harun Din,” dakwa penulis itu.

Tahniah Ku Li, strategi anda berjaya memecahbelahkan PR... wakaka...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.