Followers

Sunday, November 7, 2010

SAPP Tunggu Tawaran Pakatan Rakyat Sertai Gagasan Tolak BN


SABAH 7 NOV : Parti Maju Sabah (SAPP) kini menunggu tawaran dari Pakatan Rakyat untuk menyertai gagasan pembangkang dalam usaha menolak pemerintahan rasuah Barisan Nasional.

Presidennya, Datuk Yong Teck Lee berkata pihaknya sebelum ini telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan gagasan tersebut.

Yong Teck Lee berkata, parti pimpinannya tidak pernah menutup pintu kepada gagasan pembangkang itu.

Pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi yang berlangsung 4 November lalu menyaksikan SAPP memungut 2,031 undi sementara Parti Keadilan Rakyat mendapat 3,414 undi manakala BN pula mendapat 9,773 undi.

Sementara itu, Pengarah Stategik Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua ketika dihubungi TV Selangor berkata Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan penyertaan SAPP ke dalam gagasan pembangkang.

Dalam perkembangan lain, Yong Teck Lee berkata SAPP belum membuat keputusan sama ada untuk memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi Khamis lepas.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan menunggu tindakan yang akan diambil oleh PKR samada parti itu mahu memfailkan petisyen atau tidak.

"Jika PKR failkan petisyen pilihan raya, kita akan menyediakan segala bukti yang ada. Kita mempunyai banyak bukti" kata Yong Teck Lee.

Yong merujuk kepada salah laku Barisan Nasional yang secara terang terangan mengamalkan politik rasuah dalam usaha membeli undi pengundi di Parlimen Batu Sapi baru- baru ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi khamis lalu dilaporkan dicemari dengan insiden Wanita Umno menyogok 'imbuhan' RM 20 kepada pengundi.

Selain itu, ratusan orang beratur di pejabat MCA Sandakan apabila mendapat tahu bahawa wang RM 100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Ditambah lagi sogokan berupa 30 ribu atap zink di Sandakan yang dibuat secara terang terangan oleh parti pemerintah itu menjelang beberapa hari sebelum hari pembuangan undi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.