Followers

Tuesday, November 9, 2010

Jika Benar Anwar Anak Jantan, Cuba Siasat 2 Pendedahan Gempar Ini..

Pemimpin 2-3 kerat PKR dah jadi macam langau. Rosakkan Pakatan Rakyat sahaja. Kalau Anwar anak jantan, siasat surat ini dan juga tulisan ini. Panggil mereka yang buat dakwaan ini dan lantik penimbang tara yang tiada kepentingan. Kita nak tengok, sama ada Anwar benar-benar jantan atau tak. Setakat nak nafi tanpa ada perbicaraan, Sayfoool Bukhari pun boleh buat. Yang penting hujah, bukannya meniskus...

Perbicaraan Pertama : Pendedahan Abdul Aziz Anon

Manipulasi undi di Libaran dan Sandakan, gesa Sdr. Mustaffa tarik diri

Sebagai sahabat seperjuangan Sdr. Mustaffa Kamil Ayub yang mengenali beliau secara dekat ketika bersama dalam gerakan belia, saya menggesa Sdr. Mustaffa Kamil untuk menjaga integriti peribadi beliau dengan menarik diri dari proses pemilihan PKR yang nyatanya berat sebelah dan dipenuhi manipulasi oleh pihak lain yang bertanding.

 

Tindakan Dato’ Zaid Ibrahim yang menarik diri adalah sesuatu yang tidak mengejutkan berikutan rentetan dakwaan beliau bahawa terdapat manipulasi undi yang memenangkan YB Azmin Ali. Kelemahan dan permasalahan berbangkit tentang pengurusan pemilihan PKR oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Sekretariat Ibu Pejabat PKR adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Pemilihan PKR sememangnya sungguh meragukan.

Apa yang berlaku di cabang Libaran dan Sandakan adalah bukti jelas proses pengundian yang tercemar di mana berlakunya manipulasi undi. Di cabang Libaran dengan seramai 1,501 ahli, sebanyak 898 ahli keluar mengundi dengan peratusan keluar mengundi 59.83%. Keputusannya, Azmin dapat 881 undi, Zaid 8 undi dan Sdr. Mus 6 undi. Sedangkan semasa pemilihan Jawatankuasa Cabang PKR Libaran hanya 99 ahli (6.60%) sahaja yang datang. Mana mungkin dalam tempoh kurang sebulan peningkatan keluar mengundi begitu mendadak.

Isu yang kedua, JPP hanya mencetak 50% kertas undi dari jumlah semua ahli dalam sesuatu cabang. Tetapi bagaimana pula di cabang Libaran, kertas undi dan jumlah yang keluar mengundi lebih besar dari jumlah kertas undi yang disediakan.

Perkara yang sama juga berlaku di cabang Sandakan dengan anggota parti seramai 1,047 orang. Sejumlah 456 orang keluar mengundi (43.55%), sedangkan pemilihan peringkat cabang yang sepatutnya lebih ramai dan lebih panas hanya 81 orang yang hadir. Mana mungkin peningkatan begitu mendadak dan menyaksikan Azmin mendapat 417 undi, Zaid 25 undi dan Sdr Mus 13 undi.

Dalam masa sama, 16 cabang di Sabah yang turut sama mengadakan pemilihan hanya mencatatkan peratusan keluar mengundi secara purata 8.09%. Hanya Libaran dan Sandakan yang begitu ketara perbezaannya.

Saya menggesa Sdr Mustaffa Kamil Ayub untuk turut menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden demi menjaga integriti peribadi beliau, serta untuk menghantar mesej yang jelas kepada JPP dan Sekretariat Ibu Pejabat. Kedua-dua badan tersebut mesti digantung dari menguruskan pemilihan ini, yang kini jelas diragui dan tidak telus. Puncuk pimpinan, khususnya Ketua Umum sewajarnya membuat tindakan bagi mengelak perpecahan yang lebih parah jika pemilihan PKR diteruskan.

Perbicaraan Ke-2 : Pendedahan Mat Saman Kati

Undi telefon. Politik baru dalam PKR.

Dah agak dah. Dari mula aku dah tau, dan ramai yang tulis dalam komen…Anwar kena pastikan Azmin menang, dengan apa cara sekalipun. Dan Zaid kalah bukan kerana perubahan yang cuba dibawa..tapi kerana politik baru dalam PKR.

Kalau setakat nak lawan Azmin, Zaid boleh menang. Diperingkat awal pemilihan, Zaid bersaing hebat dengan Azmin dan Zaid tak risau kalah ketinggalan 1000 undi di Semenanjung kerana dia mempunyai kekuatan di Sabah. Tapi apa yang tak boleh diterima oleh Zaid ialah apabila Anwar mengambil alih jawatan Pengurus Kempen Azmin dari Zack Pahang.

Ini politik baru dalam PKR apabila Ketua Umum menjadi Pengurus Kempen kepada Calon Timbalan Presiden. Ia juga satu politik baru apabila Anwar menggunakan telefon untuk mengarahkan sesuatu keputusan. Dan Anwar juga menggunakan telefon untuk memberitahu Ketua-Ketua Cabang untuk memastikan undi mesti pergi kepada Azmin.

Diperingkat awal, Pengerusi JPp..Dr. Molly Cheah membuat beberapa keputusan, tetapi akhirnya dioveruled oleh Saifudin..hanya dengan panggilan telefon dari Anwar. Dr. Mansor ditentang oleh arwah Pak Tam..tapi akhirnya arwah Pak tam terpaksa menarik diri selepas mendapat telefon dari Anwar.

Semasa Pemilihan di Permatang Pauh, Azmin membelanjakan RM25,000 untuk memastikan 500 pengundi Permatang Pauh keluar untuk mengundinya. Dan dia marah apabila mereka yang keluar lebih rendah dari jangkaannya. Malah sehari sebelum Pemilihan, seorang AJK Permatang Pauh mendapat panggilan telefon dari Anwar yang memarahinya kerana berjumpa dengan orang Zaid. Fuh!! Zack Pahang gagal menjadi Pengurus Kempen untuk Azmin…tapi Anwar mengambil tempatnya.

Sebelum Pemilihan di Sabah bermula, Zaid ketinggalan 500 undi. Tapi itu bukan masalah besar, kerana Azmin bukan kuat sangat di Selangor..malah di Sabah dia mempunyai masalah. Tetapi PRK Batu Sapi digunakan untuk memastikan Azmin menang Timbalan Presiden…bukan PKR menang di Batu Sapi.

Anwar memastikan semua Ketua Cabang di Sabah mengikut telunjuknya. Dan tak susah memujuk Ketua-ketua Cabang di Sabah…dengan janji untuk menjadi Calon semasa Pilihanraya nanti, sudah cukup untuk mengubah sokongan mereka. Dan Anwar berjaya kerana dia yang memutuskan siapa yang akan menjadi calon…bukan Zaid.

Semalan sepatutnya Zaid turun ke Perak untuk berjumpa pengundi di Tg. Malim, Tapah dan Teluk Intan. Tapi pagi semalam, aku dapat sms bahawa semua program Zaid di Perak dibatalkan. Dan masa tu, aku dah agak. So, aku kata…if you want to withdraw, do it now.

2.30 pagi, aku dapat sms.."Zaid tarik diri." Good!! I don’t have to get involved in this sham election anymore.! Cuma aku tak boleh nak umum untuk meletak semua jawatan aku…sebab aku tak ada jawatan.

Dan satu sejarah baru akan terukir. Timbalan Presiden PKR menang dengan undi telefon.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.