Followers

Monday, November 8, 2010

DR ASRI YANG PERLU DIJAUHI ??


Semua orang mempunyai hak untuk mentafsir pandangan Dr Asri. Apabila semua orang menggunakan "hak" itu maka akan terhasillah pelbagai tafsiran yang pastinya mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Pada aku, semuanya soal hati. Di mana "kita" sebelum kita membaca pandangan Dr Asri? Sudah membuat keputusan sebelum membaca atau membuat keputusan pro atau kontra itu selepas membaca?

Apa pun, berlapang dadalah dalam semua hal kerana Islam mengajar kita begitu. Sama ada Dr Asri mempunyai agenda atau tidak, itu soal yang kedua. Soal yang pertama adalah perhalusi pandangannya dengan mengenepikan sentimen dan persepsi.


Begitu juga dengan Dr Asri, dalam Islam segala galanya ada dua. Contohnya, halal-haram, dosa-pahala, syurga-neraka. Tidak ada pilihan ketiga kerana semuanya dua-dua. Jika ada yang ketiga di antara halal dan haram maka itu dipanggil syubhah atau Melayu sebut syubahat. Syubahat ini boleh jadi halal dan boleh jadi haram kerana tidak jelas dan kabur hukumnya dan elok dijauhi.


Dalam hal Dr Asri ni, eloklah beliau menyatakan pendiriannya tentang BN atau PR. Tidak ada istilah berkecuali dalam soal hukum. Menyokong dan membangkang (dalam masa yang sama) dalam keadaan tidak ada "stand", maka itulah batu api sebenarnya.

Dalam hal Dr Asri ni, eloklah beliau menyatakan pendiriannya tentang BN atau PR. Tidak ada istilah berkecuali dalam soal hukum. Menyokong dan membangkang (dalam masa yang sama) dalam keadaan tidak ada "stand", maka itulah batu api sebenarnya.

Wallahu a'lam.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.