Followers

Monday, November 8, 2010

DALAM MASA ANWAR MENENTUKAN NASIB TIMBUL TENGGELAMNYA PKR PULA DIAMBANG KEHANCURAN ? - karangan ~PakKaramu

APA TERJADI PADA PKR ? -

Dari awal berita pemilihan parti PKR Pak Karamu nampak perjalanan parti itu agak sumbang perjalanannya, rata-rata pucuk pimpinannya seolah-olah kapal yang tiada bernakhoda masing-masing dengan kepandaian sendiri untuk menyelamatkan diri dari tertimbus oleh alun dan badai

Pak Karamu bukan nak masuk campur dalam urusan parti PKR akan tetapi ada sedikit kaitan parti tersebut didalam Pakatan Rakyat maka suara perlu diketengahkan jika ada ubat penawar yang boleh dipergunakan untuk memulih penyakit yang semakin ketara yang mungkin akan membiak

Didalam Pakatan Rakyat PAS dan DAP tentunya pucuk pimpinan mereka masih mengharapkan kepada PKR untuk menerajui Pakatan Rakyat kerana adanya Anuar Ibrahin di dalam Pakatan Rakyat/PKR malangnya ketika mana dia sebuk menghadapi masalah berat pribadinya berlaku pula ketidak setabilan didalam partinya oleh angkara anak buah didiknya, masing-masing menggunakan kepakaran sendiri untuk berkuasa didalam paerti tersebut tanpa memikirkan maruah parti yang mungkin akan tenggelam

Kita akui bahawa pengikut PKR agak ramai dari kalangan anak-anak muda dan kita juga mengakui bahawa parti tersebut ada potensi besar untuk berkuasa bersama DAP dan juga PAS akan tetapi jika anggota parti tersebut tidak menunjukkan moral yang baik dan berhemah tinggi maka cita-cita untuk menggantikan Barisan Nasional tentunya akan menjadi tidak bermakna langsung sekali gus akan mengecewakan kawan-kawan mereka didalam PAS dan DAP

Nampaknya kes pribadi Anwar ini semakin tidak dapat dipertahankan lagi apabila ada suara-suara daripada luar yang mahukan beliau bersara daripada politik kerana pandangan peribadi masing-masing dan tidak kurang juga daripada pucuk pimpinan yang sengaja tidak mahu bersuara tentang masalah pribadinya demi menjaga aib beliau namun sampai bila mereka terpaksa berdiam ?

Sekarang PKR ternyata sudah mula retak dengan tindakan Zaid Ibrahim yang telah membuat keputusannya untuk meletakkan semua jawatannya didalam parti dan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menunjukkan PKR akan bakal dilanda huruhara dan akan menyebabkan anggotanya akan kembali kepada parti asal mereka iaitu UMNO atau mereka mungkin akan menyertai PAS

KITA TUNGGU APA SETERUSNYA ....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.