Followers

Wednesday, November 10, 2010

BURUK KELAKU ZULKIFLI NORDIN :ISLAM TAIK KUCING YANG DIAMALKAN?

Gara-gara menegur sikap ahli parlimen bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang membangkitkan isu 'sosej babi', Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor) dihalau keluar dewan.

Insiden bermula apabila Zulkifli membangkitkan isu seorang pelajar membawa sosej babi yang dimasak oleh ibunya, ke sekolah dalam satu kes yang berlaku di Kuching.

Isu tersebut semalam dibangkitkan Chong Chieng Jen (DAP-Kuching).

Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat kemudiannya membantah dengan mendakwa tidak wajar ruang perbahasan bajet Jabatan Perdana Menteri diguna membangkitkan isu agama yang boleh mencetuskan ketegangan.

Lantaran itu, Zulkifli yang juga bekas ahli PKR, kemudian menanyakan pendirian PAS berhubung perkara itu lalu menuduh PAS berdiam diri dalam isu tersebut dan mendakwa parti itu menghalalkan orang Islam makan babi.

Kenyataan itu kemudiannya membangkitkan kemarahan bukan sahaja Dr Dzulkefly, malah sebahagian ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.

Turut bangun membantah Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), dan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja).

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Zulkifli itu, Dzulkefly kemudiannya bangun membantah sehingga dewan menjadi kecoh dan tidak terkawal oleh Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Jaafar.

Speaker kemudiannya mengarahkan Dr Dzulkefly duduk namun tidak diendahkannya ekoran Zulkifli terus menyerangnya.

Ekoran itu, Speaker mengarah Dzulkefly keluar dewan.

"Apa yang memanaskan saya apabila saya disuruh saya duduk, dalam masa sama Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) terus menerus menyerang PAS, serang Islam dan serang saya," katanya ketika ditemui sewaktu keluar pintu dewan.

Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly mendakwa ahli parlimen Kulim Bandar Baharu sengaja menggunakan ruang perbahasan untuk mencetuskan pertentangan.

"Dalam semangat toleransi beragama, Kulim Bandar Baharu membuat satu penyataan yang menunjukkan orang Islam ekstrem.

"Kalau benar mahu bahas isu ini, bukan di sini, tapi Kulim Bandar Baharu terus mengatakan bahawa inilah PAS, yang menghalalkan orang Islam makan babi.

"Inilah cara paling jahat yang sebenarnya mengkhianati agama atas kononnya untuk memperjuangkan agama," katanya kesal.

Sementara itu, Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pada sidang media sama turut mengecam sikap Zulkifli.

Katanya, Zulkifli tidak bertanggungjawab dan tidak mengamalkan konsep Islam moderat yang mahu ditonjolkan kepimpinan negara.

"Saya terkilan kerana Kuala Selangor (Zulkefly) menjadi mangsa dalam usaha pertahankan apakah Islam yang sebenar,” ujarnya.


Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2010/11/buruk-kelaku-zulkifli-nordin-islam-taik.html#ixzz14ryOqefi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.