Followers

Monday, November 8, 2010

BERITA TERHANGAT PEMILIHAN PKR 2010.........???

Pemilihan 2010: Dakwaan Ada Manipulasi Proses Pengundian, Penafian Saifuddin Tidak Bermakna Insiden Itu Memang Tidak Berlaku Sebenarnya !!

Komen Dari PahangDaily OnLine

Sesungguh apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dalam pemilihan PKR 2010 ini. Pepatah Melayu ada mengatakan "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Oleh itu, Saifuddin tidak wajar tergesa-gesa mengatakan pendedahan yang dibuat oleh blogger Haris Ibrahim itu sebagai satu penipuan dan berniat jahat.

Mungkin ianya benar-benar berlaku dan wajar disiasat dengan rapi sebenarnya. Justeru itu tidak perlulah ahli PKR melatah dan menuduh mana-mana pemimpin, blogger dan pihak yang membongkarkan kelemahan ini berpihak kepada calon-calon tertentu. Adalah lebih elok mereka jujur terhadap diri sendiri dan menerima pendedahan itu dengan hati yang terbuka. PKR harus memperkasakan JPP jika mahu dilihat pemilihan 2010 ini telus dan adil seperti yang dimahukan.

Jika tidak bagaimana ahli boleh menerima keputusan penuh selepas semua cabang menjalankan proses pengundian dalam masa terdekat ini. Bayangkan, jika ada perubahan demi perubahan berlaku terhadap keputusan tersebut. Bukankah ia akan menyebabkan kemarahan yang lebih besar dikalangan ahli PKR itu sendiri. Ini akan mendorong kepada perpecahan dan menjurus kepada hilangnya keyakinan terhadap parti.

Baca Seterusnya.....

Pemilihan 2010: Dakwaan Ada Manipulasi Proses Pengundian, Penafian Saifuddin Tidak Bermakna Insiden Itu Memang Tidak Berlaku Sebenarnya !!

Kami amat tertarik dengan dakwaan seorang penulis blog Haris Ibrahim dalam blognya kelmarin bahawa berlaku manipulasi melibatkan penjualan kertas undi kepada calon tertentu. Kenyataan yang sungguh mengejutkan itu, menyebabkan pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggelabah dan bagaikan "cacing kepanasan" dibuatnya.

Malah, dalam sidang media yang diadakan hari ini Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dengan tegas menafikannya. Malah menurut beliau, dakwaan itu adalah berniat jahat dan tidak betul. Dakwa Haris, dia diberitahu, pengawas pemilihan PKR boleh memanipulasi peratusan keluar mengundi dengan menambah kertas undi bagi memanipulasi keputusan.

Haris juga mendakwa, selepas ditanya, lelaki berkenaan menuduh calon Timbalan Presiden Azmin Ali, sekretariat ibu pejabat PKR dan beberapa anggota Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) terlibat. Dalam kenyataan Saifuddin hari ini beliau menjelaskan mekanisme dan sistem pemilihan yang diperkenalkan PKR itu sukar untuk dimanipulasi ekoran beberapa kawasalan keselamatannya seperti berikut kertas undi yang dikeluarkan mempunyai nombor siri dan warna berbeza mengikut hari, tempat pemilihan dilangsungkan dan jawatan yang dipertandingkan;

Kertas undi tanpa cop daripada pengawas pemilihan dianggap tidak sah dan Setiap calon bertanding berhak melantik wakil masing-masing untuk memerhatikan proses pengiraan. Sebelum diserahkan kepada ibu pejabat, kertas keputusan akan ditandatangan oleh pengawas pemilihan dan wakil calon. "Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas undi ini digunakan semula, "Dengan tohmahan tersebut, ia tidak akan sama sekali menjejaskan perjalanan pemilihan. Dan kita tidak akan henti pemilihan ini", katanya.

Apakah Penafian Saifuddin Itu Jujur Dan Ikhlas

Persoalannya sekarang apakah kenyataan media Saifuddin Nasution itu jujur dan ikhlas agaknya?. Sedangkan sebelum ini kami dengan jelas telah mendedahkan beberapa kepincangan yang berlaku dalam pemilihan PKR 2010 ini. Malah, kecenderungan terhadap permasalah itu adalah berpunca daripada beberapa tindakan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), yang dilihat gagal memainkan peranan secara profesional untuk memastikan pemilihan itu berjalan lancar. Banyak keraguan dan kemusykilan yang telah timbul akibat beberapa tindakan JPP yang dianggap "double standard".

Malah, ada yang mengatakan JPP parti sudah menjadi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini. Apakah kenyataan Saifuddin itu bermakna memang JPP itu telus?. Sedangkan banyak laporan tentang kepincangan yang berlaku sebenarnya. Memang benar, Saifuddin mempunyai hak untuk mempertahankan parti berdasarkan kapasitinya sebagai Setiausaha Agung. Namun, harus diingat bahawa penafian Saifuddin itu tidak bermakna perkara itu tidak wujud sebenarnya. Ini kerana, maklumat dan sumber ketidaktelusan itu datangnya daripada kalangan petugas JPP sendiri.

Mereka yang hairan dan pelik dengan cara pengendalian pemilihan akhirnya terpaksa meluahkan perasaan masing-masing. Masalahnya, apakah penafiaan Saifuddin itu jujur dan ikhlas atau sekadar melepaskan batuk ditangga bagi menutup segala kelemahan yang berlaku sebenarnya.

Petugas JPP Tidak Wajar Dari Kalangan Ahli Parti

Punca sebenarnya kekeliruan ini ialah bila mana JPP yang ditugaskan mengendalikan pemilihan itu dilantik dari kalangan ahli-ahli PKR sendiri. Malahan, petugas JPP itu sendiri pula juga pengundi di cabang masing-masing. Makannya, bayangkan jika petugas JPP terbabit adalah penyokong calon-calon tertentu dalam pemilihan ini?. Bukankah ia menimbulkan keraguan sebenarnya. Malahan terdapat laporan juga ada petugas JPP menanda kertas-kertas undi bagi pihak calon pilihan mereka untuk memastikan undi calon terbabit tinggi. Maka, adalah lebih elok petugas JPP itu dipilih dari kalangan mereka yang bebas dan berkecuali. Itu yang lebih afdal daripada kalangan ahli parti yang boleh mengundi.

Memang akan berlaku ketidaktelusan dan kekeliruaan. Inilah yang menyebabkan kumpulan-kumpulan tertentu dalam parti kecewa dan menganggap ia berat sebelah. Misalnya, berlaku lebihan kertas undi, keputusan undian dicabang hanya dihantar melalui telefon ke pusat, pertugas tidak terlatih dan sekadar bidang terjun serta banyak lagi kepincangan yang berlaku. Semua ini menjurus kepada ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu sebenarnya. Justeru itu, adalah lebih elok pemilihan ditangguhkan seperti yang disarankan oleh beberapa orang calon jawatan tertinggi. Bayangkan di cabang yang mempunyai pengundi minoriti pun kekalutan sudah berlaku. Apa akan terjadi di cabang-cabang yang mempunyai majoriti pengundi seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Tidakkah ini akan menyebabkan berbagai masalah lagi akan timbul kelak. Makanya, parti perlu mengambil perhatian serius terhadap permasalahan ini dan tidak hanya menafikannya sahaja.

[Sesungguh apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dalam pemilihan PKR 2010 ini. Pepatah Melayu ada mengatakan "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Oleh itu, Saifuddin tidak wajar tergesa-gesa mengatakan pendedahan yang dibuat oleh blogger Haris Ibrahim itu sebagai satu penipuan dan berniat jahat. Mungkin ianya benar-benar berlaku dan wajar disiasat dengan rapi sebenarnya. Justeru itu tidak perlulah ahli PKR melatah dan menuduh mana-mana pemimpin, blogger dan pihak yang membongkarkan kelemahan ini berpihak kepada calon-calon tertentu.

Adalah lebih elok mereka jujur terhadap diri sendiri dan menerima pendedahan itu dengan hati yang terbuka. PKR harus memperkasakan JPP jika mahu dilihat pemilihan 2010 ini telus dan adil seperti yang dimahukan. Jika tidak bagaimana ahli boleh menerima keputusan penuh selepas semua cabang menjalankan proses pengundian dalam masa terdekat ini. Bayangkan, jika ada perubahan demi perubahan berlaku terhadap keputusan tersebut. Bukankah ia akan menyebabkan kemarahan yang lebih besar dikalangan ahli PKR itu sendiri. Ini akan mendorong kepada perpecahan dan menjurus kepada hilangnya keyakinan terhadap parti].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.