Followers

Tuesday, November 9, 2010

Batal dan adakan semula pemilihan, kata dua naib presiden PKR


Zaid Letak Jawatan: Kesan Berantai Sudah Bermula??

Seorang lagi calon jawatan timbalan presiden PKR menggesa agar pemilihan pusat bersejarah parti itu — kaedah langsung — dibatalkan serta-merta dan diadakan semula pengundian dengan menyelesaikan segala aduan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Mustaffa Kamil Ayub, yang kini merupakan salah seorang naib presiden menegaskan, beliau memberi tempoh 48 jam kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) agar mengambil kedua-dua tindakan itu.

“Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini.

“Sekiranya tindakan pemberhentian pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

Terdahulu Mustaffa turut hadir pada sidang media dipanggil oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang semalam memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat - yang julung kali diadakan menggunakan kaedah langsung.

Menurut Mustaffa, pemilihan kepimpinan pusat PKR sehingga kini telah membawa kepada 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.

“Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan Pengerusi JPP,” katanya.

Kata beliau, antara lain dalam memorandum ini pihaknya mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus, yang diperkenalkan amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan perwakilan ketika meluluskan pindaan perlembagaan tahun lalu.

“Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil.

“Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang di antara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi,” katanya.

Kata Mustaffa, beliau percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia.

Semalam, Mustaffa memberitahu The Malaysian Insider bahawa sama ada beliau akan mengikut langkah Zaid ataupun sebaliknya terserah kepada tindakan JPP ke atas memorandum komprehesif itu.

Dicatat Oleh Jalan Pulang pada jam 3:37 PM

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

Label: Mustafa Kamil Ayub, Pakatan Rakyat, Pemilihan PKR 2010, PKR, Zaid Ibrahim




    • Nazar Osmond hahahahahah bertambah celaru PKR macam bercelaru nya kes Anuar Brahim hahahhahahahahahah
      39 minutes ago ·
    • Yusup Kamaruddin segala kemungkaran mesti ditentang dengan penuh keazaman..jangan undur selagi tidak tercapai matlamat....kita membela keadilan dan bukan membela sasaorang....
      32 minutes ago · · 1 personLoading...
    • Nazar Osmond Gua setuju dgn lu Yusupo...........
      30 minutes ago ·
    • Yusup Kamaruddin PKN adalah parti ciptaan dari air mata dan darah....belantan dan air arsenik...Azmin lah yang mengubah nya menjadi PKR...kenapa?Azmin lah yang membawa kembali budaya UMNO dalam PKR...Sapa yang mengamalkan rasuah politik?Azmin secara terang melakukan nya...bukti ada tapi jpp kayu..ketua umum saperti sultan melindungi hulubalang nya..malah sanggup mencemar duli untuk turun kagelanggang mempastikan azmin dicalunkan dan diundi...pemimpin ape ini?
      22 minutes ago · · 1 personLoading...
    • Ismaily Bungsu A Seperti saya kata sebelum ini/mesti tangguh dan batalkan. semua adakan pemilihan dan hendaklah dijaga oleh badan bebas/barulah adil/kalau tidak akan jadi haprak dan PKR tak guna lagi diperjuangkan sebab bertentang dengan perkataan KEADILAN.
      21 minutes ago ·
    • Yusup Kamaruddin IBA...Benar dan saya amat sokong....Tunjukkan kejujuran kita...tapi hingga waktu ini tiada tindakan malah terus nafi...haprak sungguh...
      18 minutes ago ·
    • Kadir Othman pemilihan semula bukan lah jawapannya....kalau pengundi mengundi secara bodoh...bodoh lah keputusannya!!
      16 minutes ago ·

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.