Followers

Sunday, November 7, 2010

Anwar & Geng Mereka Lebih Sayangkan Azmin Daripada Rakyat


Saya dah bosan dengan dua-tiga kerat pemimpin PKR ini. Mereka bukannya nak selesaikan masalah dalaman PKR, tapi masih nak tambah masalah PKR. Dipertahankannya anak emas, si Azmin Ali habis-habisan. Takde moral langsung 2-3 pemimpin ini. (sini)

Sudahlah baru dakwaan diajukan, sudah ada penjelasan tanpa hujah yang kukuh. Kononnya kertas undi itu untuk dimusnahkan. Orang bodoh bolehlah nak tipu. Masalahnya kalau nak dihapuskan, kenapa tak terus dibuat oleh Jawatankuasa itu. Bukannya menyimpan. Ini mesti ada perancangan nak guna kertas undi itu, untuk dijadikan 'undi pos' untuk menangkan si Azmin. Geram betullah.

Kalau PKR sahaja yang terkesan dengan konspirasi ini, lantaklah. Tapi ia akan memakan PR secara tak langsung. Rakyat akan lihat PR sudah tak dipercayai. Sebijik macam BN. Kalau macam inilah gamaknya, baik bubarkan PR je. PKR pun boleh masuk BN. Kami sebagai rakyat biasa tak hairan pun. Parti boleh diwujudkan bila-bila masa. Tapi perjuangan untuk rakyat, itu yang susah untuk diperolehi. Hatta dalam PKR sekalipun sejak mutakhir ini...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.