Followers

Sunday, November 7, 2010

Anak sapa ni???

Kegembiraan sekumpulan remaja bawah umur mengadakan pesta liar serta mengambil dadah di sebuah hotel di daerah Keningau membawa padah apabila ditahan dalam satu serbuan, kelmarin. Lima remaja, termasuk seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, ditahan ketika leka berseronok di sebuah hotel, dengan dua daripadanya disahkan positif dadah jenis syabu.

Semua remaja berkenaan berada di bilik hotel terbabit dan asyik bersuka ria menikmati alunan muzik ala disko. Dalam serbuan itu juga, polis merampas sejumlah serbuk putih dipercayai syabu seberat 0.2 gram. Hasil maklumat, sepasukan polis Keningau bergegas ke tempat berkenaan dan ketika serbuan dilakukan, mereka lengkap berpakaian, namun hasil pemeriksaan polis hanya menemui satu paket plastik dipercayai syabu.

“Dalam serbuan itu lima remaja ditahan, termasuk seorang wanita, dan ujian air kencing dilakukan mendapati mereka positif dadah. Pemeriksaan lanjut, polis menemui dadah seberat 0.2 gram dan kesemua remajaditahan untuk membantu siasatan”.

Semua lelaki terbabit tidak bersekolah, manakala pelajar perempuan baru saja selesai menduduki peperiksaan PMR. “Polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui dari mana mereka ini memperoleh bekalan dadah berkenaan. Polis akan berusaha menjejaki pengedar dadah yang masih bebas bagi mengelak lebih ramai remaja di daerah ini terjebak dengan kegiatan ini.

***rasanya remaja ini kemungkinan anak-anak orang berada. sebab itu mereka mampu menyewa bilik hotel untuk berdisko. kemungkinan ibu bapa terlalu percayakan anak-anak, diberinya belanja tanpa usul periksa. dalam masa yang sama ibu bapa berhempas pulas mencari rezeki hingga mengabaikan kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak remaja yang sedang dahaga belaian kasih sayang daripada mereka. satu lagi, rasanya pemilik hotel tersebut juga perlu lebih bertanggungjawab. jangan memandang keuntungan semata-mata. pihak hotel tidak sepatutnya menyewakan bilik hotel tersebut kepada para remaja itu***

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.