Wakakakakak!! kah. kah. kah - Kalau semalam teman kata Allahyarham M.Rajoli tiada galang gantinya..Hari ni mungkin teman terpaksa fikir balik statement teman tuh!Mungkin kita dah ada penggantinya yang sangat baik mutu lakonannya..tapi malangnya.. tak mungkin mamat ni dapat anugerah di Seri Angkasa atau Oscar melainkan dianjurkan oleh UMNO!!
Sejak bila pulak UMNO jadi geli dan takut wang hasil judi ni?Agak-agak la nak berlakon pun!!Sumber Kerajaan Penang tu masih lagi tuduhan sahaja..itupun UMNO yang tuduh! 1Malaysia dah tahu apa keputusannya kalau UMNO yang tuduh..Bukan tak nak percaya.. tapi ingat tak dengan cerita"Gembala Kambing Yang suka Menipu'?
Hanya dengan posting dalam blog pun UMNO dah risau akan ke'haraman' duit tu?Yang dah sah kenyataan Menteri UMNO nak 'halal'kan judi bola tu tak nak pulak memekaka?Tak nak pulak berlakon mamak sorang nih???
Aduyaiii!!! Aduyaiii!!! Aduyai!! makin sengal la UMNO dah nak mati nih!sunsnake 19092010
Pulau Pinang diminta perjelas sumber wang ehsan
Sep 18, 10
Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi.
Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam. "Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.