Followers

Monday, September 20, 2010

Ramuan naik taraf UMNO ...? Kah kah kaahhh ...?


Soal-jawab dua sahabat:Sahabat 1: Apakah bahan-bahan naik taraf UMNO ...?Sahabat 2:

PM Baru ...Sahabat 1: Salah ...

Sahabat 2: 1Malaysia ...Sahabat 1: Salah ...

Sahabat 2: PRU baru ...Sahabat 1: Salah ...

Sahabat 2: Kalau semua salah, apa yang betul?

Sahabat 1: APCO, MAIS, JAIS dan PERKOSA.Kah kah kaahhh ...?

Umno-Mais-Jais Tunjuk Sikap Hipokrit Layan Kamalanathan Dalam Masjid

Oleh Fazli Othman & Frederick Luccas

SHAH ALAM 19 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata majlis penyerahan 'mock cheque' oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan di Masjid Sg Tengi Selatan baru-baru ini menyerlahkan sikap hipokrit Umno.

Malah lebih menyedihkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang hebat menghentam Pakatan Rakyat dalam isu lawatan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral bulan lalu turut menunjukkan sifat munafik apabila turut bersama-sama Kamalanathan dalam masjid tersebut.

"Bagi Pakatan Rakyat semenjak dulu kita telah memberitahu tidak ada masalah orang buka Islam mengunjungi masjid atau surau. Kita dasarkan hujah kita kepada dalil hadis serta seerah Nabi SAW, sejarah Islam malah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini.

"Hanya apabila kita buat, riuh rendahlah satu kampung Umno, Mais dan Jais mengatakan kita menghina Islam dan mengeluarkan arahan orang bukan Islam tidak bloleh masjid dan sebagainya. Tetapi dia buat boleh, malah Mais dan Jais turut sekali memberi sokongan kepada Kamalanathan dalam masjid tersebut.

"Pada pandangan kita, orang bukan Islam tidak dihalang daripada memasuki surau dan masjid asalkan tujuan dan niatnya baik serta mendapat persetujuan dan dijemput oleh jawatakuasa surau atau masjid berkenaan.

"Sebab itulah kita labelkan Umno, Mais dan Jais hipokrit, dia buat boleh, kita buat semua tak boleh," kata Khalid kepada Suara Keadilan.

Khalid menegaskan strategi yang digunakan oleh Umno-BN adalah untuk menunjukkan seolah-olah kedudukan Islam tercabar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat PR di Selangor.

"Apabila Umno-BN membawa masuk pemimpin bukan Islam ke dalam masjid, tak salah tetapi apabila kita berbuat yang sama, kita dituduh menghina Islam sedangkan itu sama sahaja.

"Ini hanyalah satu pembohongan dan saya harap rakyat tidak termakan dengan propoganda Umno-BN kerana semua usaha oleh pemimpin Pakatan Rakyat amat jelas tidak bercanggah dengan Islam," tegas beliau lagi.

Tambah beliau, Umno-BN khuatir strategi mereka tidak berkesan lagi dan DAP akan diterima oleh masyarakat umum sebagai sebuah parti yang bukan anti Islam, dan PAS pula akan dapat diterima sebagai parti yang bukan ekstremis Islam.

Sekiranya usaha PAS dan DAP berjaya mengikis persepsi negatif yang dilabelkan oleh Umno-BN, maka masyarakat akan dapat menerima kedua-dua parti dengan lebih baik lagi, lantas akan mengugat kedudukan dan kekuasaaan Umno-BN.

"Pada hakikatnya, apa yang dilakukan oleh PAS dan DAP adalah untuk memecahkan propoganda negatif yang disebarkan secara luas oleh Umno-BN selama ini. DAP mahu membasmikan imej anti Islam manakala PAS pula mahu membasmikan imej ekstremis Islam yang diletakkan oleh Umno-BN," jelas Khalid.

Dalam blognya, Khalid menyifatkan tindakan pemimpin Umno tanpa syak lagi berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu orang bukan Islam memasuki surau dan masjid.

Beliau menyelar sikap Pengarah Jabatan Agama Jais dan Mais yang bersengkokol dengan Umno yang sebelum ini lantang bersuara berhubung isu penyampaian tazkirah dan ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat tetapi menutup sebelah mata sahaja membabitkan pemimpin parti itu.

"Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara".

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi Mais menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya 'ahli parlimen berkopiah' (Zulkifli Noordin) dan mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soal Khalid.

Dalam satu ganbar yang dirakam semasa satu program gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Pengerusi Mais, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa bersama Kamalanathan yang memakai kemeja T berlogo BN dilihat menyerahkan cenderahati 'Kalimah Allah' kpada salah seorang perserta.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.