Followers

Thursday, September 30, 2010

PAS minta PKR henti salahkan UMNO, BN ?


Pemimpin PAS Tegur PKR, Jangan Salahkan UMNO

Wah hebat..betul ke ni..rasanya betul juga apa yang dikatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu ini..

KUALA TERENGGANU: PAS meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya merawat masalah dalaman parti itu dengan bijaksana dan berhenti mendakwa kemelut dalamannya disebabkan dalang dari luar, termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib, berkata tiada sebab BN bersusah payah untuk mengkucar-kacirkan PKR, melainkan masalah itu berpunca daripada parti itu sendiri yang disifatkannya tidak tahu menjaga diri.

"Saya tidak suka menyalahkan orang lain.

Saya tidak setuju orang kata ini (kekecohan dalam pemilihan cabang PKR) didalangi UMNO. Memang mereka (BN) lawan kita, tetapi PKR sendiri hendaklah gunakan kebijaksanaan untuk merawat penyakit sendiri.

Kami tidak mahu campur tangan dalam rumah tangga PKR, tetapi sebagai rakan seperjuangan dalam gabungan pembangkang, PAS berharap parti itu kembali stabil selepas pemilihan nanti," katanya selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan PKR bahawa kekecohan dan insiden pergaduhan dalam pemilihan di beberapa cabang, khususnya di Selangor adalah perbuatan orang luar.

Malah, beberapa cabang di di Terengganu, termasuk Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Marang tidak dapat mengadakan pemilihan dan mesyuarat agung berikutan pendaftarannya dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas gagal mengemukakan laporan mesyuarat tahunan dan penyata kewangan.

Sementara itu, mengulas mengenai nama besar dalam PKR yang tumbang pada pemilihan cabang, Harun berkata, ia adalah kehendak ahli di peringkat akar umbi yang mempunyai hak memilih pemimpin yang mereka mahu.

"Dalam pemilihan, tidak kira nama besar atau nama kecil, kedua-duanya boleh tumbang. Penyingkiran mereka adalah kehendak ahli akar umbi. Jadi, sebagai parti yang berasaskan demokrasi, dia (pemimpin yang tidak terpilih) perlu akur dan terima kehendak ahli," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.